Pokok Anggur


Pokok anggur merupakan tanaman jenis menjalar dan memerlukan penyokong untuk pertumbuhannya. Para setinggi 2 m dan lebar 2-3 m boleh dibina bagi menyokong pertumbuhan tanaman ini.
Setelah pokok anggur membesar, latihan untuk membentuk pokok perlu dibuat. Tunas sisi yang tumbuh di batang pokok hendaklah dibuang untuk menggalakkan tunas hujung yang sihat dan cepat naik ke para atas. Apabila pokok mencapai 1.6 m tinggi, pokok dicantas untuk mewujudkan dua dahan primer. Kedua-dua dahan primer ini dicantas lagi apabila mencapai 1 m panjang untuk membentuk dahan sekunder yang berpotensi untuk berbunga. Hanya lapan dahan sekunder sepokok disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan yang baik.
Cantasan untuk berbunga/berbuah
Pokok anggur boleh dicantas untuk mengeluarkan bunga dan buah apabila mencapai umur lebih daripada setahun dan garis pusat batang lebih kurang 3-4 cm. Dahan sekunder mestilah berwarna perang dan dicantas dengan meninggalkan 4-8 tunas pada dahan. Tunas-tunas ini akan berpucuk 7-10 hari selepas dicantas dan pucuk baru ini mempunyai tangkai bunga. Bunga ini akan berkembang dalam masa 15 hari.

anggur2

Pembajaan
Tanaman anggur memerlukan tanah yang tinggi kandungan organik (5-10%) dan pH tanah antara 5-6.5. Baja yang mencukupi diperlukan untuk pertumbuhan dan penghasilan buah yang baik. Selain baja kimia, baja organik seperti tahi lembu/tahi ayam juga digunakan. Pembajaan mikronutrien juga diperlukan dan disembur ke daun (foliar) bersama dengan racun kulat dan racun serangga.
Serangga dan penyakit
Keadaan cuaca yang panas dan hujan yang berterusan, menyebabkan tanaman anggur sering diserang oleh serangga dan penyakit. Antara serangga yang paling serius ialah kumbang (leaf-eating beetles) dan hamama merah. Kedua-dua serangga ini menyerang daun anggur. Kulapuk downi ialah penyakit daun yang paling serius bagi tanaman anggur. Penyakit ini boleh dikenal pasti dengan bintik-bintik kekuningan di bawah daun anggur

Tanaman Anggur di Malaysia

Serba seikit tentang penanaman anggur. Pembiakan dilakukan melalui keratan. Ia mula berbuah selepas 16 bulan ditanam dan cantasan dilakukan untuk menggalakkan pembungaan. Selepas 4-6 minggu, bunga mula terbentuk. Buah mula dituai selepas 4 bulan cantasan dilakukan. Tanaman Anggur dikatakan kurang berdaya maju di Malaysia kerana tempoh pulangan modal lebih dari 8 tahun.

Terdapat pelbagai jenis varieti anggur, antaranya ialah Isabela, White Malaga, IAC, Muscat dan sebagainya.

Tanaman Anggur Perlis

Gambar ini di ambil pada Julai 2006 di Ladang Demonstrasi Anggur Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Ladang ini berkeluasan 0.35 hektar dan projek ini bermula sejak tahun 1987. Maknanya pokok anggur ini dah berusia lebih dari 20 tahun.

Daun pokok anggur yang tumbuh subur.

.

Buah anggur yang mula mengeluarkan hasil. Gambar ini diambil slepas waktu hujan.

.

Selain menggunakan keratan sebagai bahan tanaman, Pokok anggur juga boleh dibiak menggunakan kaedah tut.

Buah anggur yang telah dijangkiti oleh kulat.

Akbat dari serangan kulat yang serius.

.

Serangga ini dikenali kumbang belangkas. Memang haiwan ini suka melekat. Memang banyak dijumpai pada buah anggur.

Telur serangga yang telah dijumpai pada tanaman anggur. Saya pun tak pasti apakah serangga yang bertelur seperti ini.

Jika anda mempunyai pengalaman dalam tanaman anggur, silalah beri komen anda !!

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...