Terung Bulat

Terung Bulat

Di Malaysia, ramai pertani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti cili, bendi dan terung. Antara varieti terung yang popular ialah seperti varieti Hock Chew, Pingtung Long, Extra Long, MTE 1, MTE 2 dan beberapa jenis terung lagi.

MTE 1 dan MTE 2 merupakan benih terung yang dikeluarkan oleh pihak MARDI dan Disyorkan oleh MARDI.   Warna buah bagi varieti MTE1 ialah biru tua/ungu dan berat buah diantara 90-100 g/biji manakala varieti MTE2 mempunyai bentuk buah bulat dan warnanya biru kehijauan/mungu muda.  Beratnya ialah diantara  160-250 g/biji.

Cendawan Kubis, Cendawan Telinga Kera

Cendawan bunga kubis merangsang faktor pertumbuhan saraf; iaitu berpotensi merawat penyakit gangguan saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok. Selai nitu, ia juga mampu merawat ulser perut dan juga antikanser.

Cendawan telinga kera pula mampu merawat penyakit kardiovaskular; seperti memecah penyakit darah beku, dan mengurangkan kolesterol. Selain itu, ia mengandungi antioksidan dan melindungi kerosakan DNA

Baja Fertigasi

Baja Fertigasi SET A yang terdiri dari Kalsium Nitrat, Ferum EDTA…


Baja Fertigasi SET B yang terdiri dari Ammonium Nitrat, Kalium Nitrat, Asid Borik, Kuprum Sulfat…

Hasil larutan baja Set A dan Set B yang sedia digunakan

Peralatan Fertigasi

Peralatan Fertigasi yang digunakan bagi pemasangan sistem fertigasi

Antaranya ialah adapter, male/female, joiner…

Elbow coupling, Tee coupling, Equal Tee, Elbow…

Dripper, penebuk lubang dan microtube

Tanaman Koko


Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tuhun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amozon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenaikan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.

Tanaman koko (Theobroma cacao L.) adalah sejenis tanaman daripada keluarga Sterculiaceae. Terdapat sebanyak 21 spesi tanaman koko yang tumbuh di dunia. Daripada ini hanya satu spesis sahaja iaitu Theobroma cacao yang digunakan untuk tanaman secara komersil.

Bahan tanaman daripada baka klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan.  Disamping itu ia juga mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam.

Bagi penanaman baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam satu-satu kawasan. Pokok koko ditanam pada jarak 3.0 meter diantara barisan dan 3.0 meter diantara pokok dalam barisan.

Maklumat lanjut boleh baca di sini >> http://www.pertanianperak.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...