Baja Yara Mila

Baja Yara Mila sering digunakan di dalam tanaman buah-buahan seperti nangka, belimbing, kelapa dan jambu batu. Ini kerana kebanyakkan petani dan pengusaha ladang menyatakan baja ini amat baik bagi menghasilkan buah yang berkualiti dan pengeluaran hasil yang tinggi. Adakah anda pernah mencuba baja ini? Berapa harga sebenar baja ini? Jika anda mempunyai maklumat tentang baja ini, diharap boleh bagi komen di sini.

Tanaman Kacang Buncis

Tanaman Kacang Buncis atau nama Saintifik Phaseolus vulgaris tidaklah sepopular tanaman kacang panjang kerana tidak ramai yang menyukai sayur kacang jenis ini. Kacang buncis memang popular dalam resepi kacang buncis goreng telur, kacang buncis masak kicap dan kacang buncis goreng belacan. Kacang Buncis pun diketahui mempunyai banyak kebaikan khususnya kepada kesihatan. Dari segi khasiat kacang buncis mendapati ia mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Bagi yang belum mengenali pokok kacang buncis anda boleh lihat foto di atas, Bunga kacang buncis bewarna putih. Penanaman kacang buncis di Malaysia tidak diketahui keluasannya. Bagi yang ingin menceburi di dalam tanaman ini eloklah mendapat khidmat nasihat Jabatan Pertanian atau Lembaga Pertubuhan Peladang di kawasan anda.

Cara menanam kacang buncis pun tidaklah sukar, yang penting anda membeli benih yang berkualiti. panduan menanam kacang buncis anda boleh download di internet dengan percuma. Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat.  Kebiasaannya hasil boleh dikutip 6 – 7 minggu selepas di tanam. Anggaran hasil ialah 15,000 (kg/ha) manakala tempoh kutipan hasil ialah lebih kurang 5 minggu.

Penanaman Strawberi di Cameron Highlands

Tanaman Strawberi

Seperti yang kita tahu pokok strawberi memang sesuai ditanam di tanah tinggi. Kita juga tahu buah strawberi banyak kelebihannya. Namun hanya sebahagian sahaja yang tahu rahsia tanaman ini.

Bunga Strawberi

Tahukah anda.. semakin ramai orang di luar sana sedang mencari artikel mengenai tanaman strawberi secara fertigasi di Cameron Highlands. Ramai juga yang berminat ingin tahu mengenai cara mendapatkan benih strawberi, apakah baja untuk pokok strawberi, cara menanam pokok strawberi, jenis tanah untuk penanaman strawberi di cameron highlands, kaedah pemasaran buah strawberi, kajian tentang penanaman strawberi, pembiakan pokok strawberi, pendebungaan strawberi, teknologi terkini tanaman strawberi dan sebagainya.

Tanaman Strawberi

Saya tidaklah arif mengenai tanaman ini namun saya akan berkongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan mengenai Penanaman Strawberi di Cameron Highlands. Buah Strawberi ni terdapat beberapa jenis varieti, antaranya ialah Varieti Camarosa dan Camaroga.

Tanaman Strawberi

Dengan menggunakan sistem fertigasi bertingkat, kawasan seluas 0.25 ha boleh ditanam lebih kurang 30,000 pokok. Hasil buah ialah 1kg/pokok/tahun. Tempoh ekonomi tanaman ini ialah antara 2-3 tahun.

Buah Strawberi

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanaman ini bolehlah merujuk atau melawat Stesen Mardi di Cameron Highland. Di sana memang ada kajian yang dilakukan mengenai tanaman ini. Mungkin anda boleh dapatkan panduan tanam strawberi atau contoh kertas kerja penanaman strawberi.

Sulur Nanas

Sulur Nanas

Nanas mempunyai beberapa jenis sulur yang digunakan bagi tujuan penanaman. Antaranya ialah sulur tangkai, sulur angin, sulur tanah dan jambul.

Sulur Nanas yang telah diikat sedia untuk dijual

Kebiasaannya sulur tangkai banyak dijual oleh petani.

Nanas N36

Buah Nanas N36

Varieti Nanas N36 juga banyak ditanam oleh petani bagi tujuan eksport. Varieti N36 ini dikatakan merupakan hasil kacukan Nanas Gandul dan Nanas Sarawak.

Buah yang telah masak

Buah yang telah masaj mempunyai rasanya yang manis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...