Segala informasi tentang teknologi pertanian
Tanaman Koko

Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tuhun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amozon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenaikan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Tanaman koko (Theobroma cacao L.) adalah sejenis tanaman daripada keluarga Sterculiaceae. Terdapat sebanyak 21 spesi tanaman koko yang tumbuh di dunia. Daripada ini hanya satu spesis sahaja iaitu Theobroma cacao yang digunakan untuk tanaman secara komersil.
Bahan tanaman daripada baka klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan. Disamping itu ia juga mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam.
Bagi penanaman baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam satu-satu kawasan. Pokok koko ditanam pada jarak 3.0 meter diantara barisan dan 3.0 meter diantara pokok dalam barisan.
Maklumat lanjut boleh baca di sini >> http://www.pertanianperak.gov.my
| Print article | This entry was posted by admin on December 17, 2011 at 5:44 am, and is filed under Koko. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No comments yet.
No trackbacks yet.


