Beras Bajong, Beras Biris dan Beras Bario


Sarawak mempunyai kepelbagaian beras yang berpotensi tinggi seperti beras biris, beras bukit serta beras merah yang sinonim dengan negeri tersebut untuk dipasarkan secara komersial.

Antara beras-beras yang terkenal di Sarawak adalah seperti beras bajong, beras biris dan beras bario..


Beras Biris iaitu sejenis beras wangi yang lembut.

Hasil bumi dari Sarawak, padi huma (tanah tinggi) yang ditanam di kawasan Bario di Sarawak. Terdapat dalam dua jenis, beras putih dan beras yang keperang-perangan.

Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan. Struktur bijirinnya lebih kecil dan melekit seperti pulut. Lebih menarik lagi, walaupun nasi dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia tidak akan membuatkan perut anda senak kekenyangan.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa beras Bario mempunyai rasa berbeza dengan beras yang ditanam di tempat lain. Jika beras tersebut ditanam di kawasan lain ia akan membuahkan hasil yang tidak sama dengan beras Bario asli. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor cuaca dan bentuk muka bumi yang tidak sama. Keenakan beras yang ditanam di Bario mempunyai rahsia tersendiri kerana sumber air yang mengairi sawah padi tersebut berasal dari kawasan pergunungan.

Ada sesiapa orang Sarawak yang biasa makan beras-beras ini, di harap boleh bagi komen sedikit, mana satu yang sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Thoughts on “Beras Bajong, Beras Biris dan Beras Bario

  1. Nak tau kat mana boleh saya dapat benih padi/ beras? saya berminat untuk menanam padi.

  2. Tuan,

    Bagaimana saya nak dapatkan bekalan benih padi yang dinyatakan di atas. saya berada di Labuan. bolehkah order melalui pos?

    Terima kasih.

  3. Saya memang pengemar nasi bario,
    camana kalau saya nak busines di semenanjung?
    Family saya amat menyukainya selepas balik tu hari saya ada bawa 2kg.
    Boleh tak saya dapat penerangan lebih detail ?
    Tolong email saya ya?
    Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>