Nanas MASPINE

Maspine berasal dari kumpulan nanas ‘Manzanah’ iaitu daripada jenis buah yang mempunyai ciri-ciri daun tidak berduri (‘pipingleaf’). Ia telah dibangunkan dan dinamakan ‘73-50’ oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii yang telah ditutup pada 1975.
Maspine ialah hibrid yang kompleks yang berasal dari kacukan antara kultivar-kultivar Cayenne, Perolera, Pernambuco, Spanish dan Queen.
Di Malaysia, ia telah diperkenalkan di MARDI Pontian melalui program pertukaran germplasma dengan Stesen Penyelidikan Hortikultur Maroochy, Australia pada Mac 1993. Dua sulur daripada setiap lima hibrid ‘piping-leaf’ telah diperkenalkan dan setelah melepasi kuarantin, ia ditanam di MARDI Pontian untuk pemerhatian dan kajian. Lewat tahun 1994, tiga hibrid iaitu ‘53- 116’, ‘59-656’ dan ‘73-50’ (Maspine) telah dipilih dalam penilaian generasi pertama. Hibrid yang dipilih ini dibiakkan menggunakan teknik tunas daun dan ‘quartering’.
Pada tahun 1996, sebanyak 50 pokok dari setiap hibrid hasil penilaian generasi kedua ditanam dalam barisan progeni untuk penilaian seterusnya. Selepas hasil dituai, jambul dan
tangkai digunakan sebagai bahan tanaman untuk plot percubaan di Pontian pada tahun 1999.
Secara keseluruhan, hibrid ‘73-50’ (Maspine) adalah yang terbaik berbanding dengan hibrid lain serta kultivar tempatan.
Maspine diisytiharkan di Stesen MARDI, Pontian pada 5 Mei 2005.
CIRI-CIRI MASPINE
Ciri-ciri tampang
• Pokok subur dan sederhana tinggi.
• Daun tidak berduri (‘piping-leaf’).
• Saiz jambul sederhana besar (sebagai bahan utama pembiakan).
• Biasanya jarang mempunyai sulur tangkai, sulur angin dan
sulur bawah.
Ciri-ciri pembungaan
• Tindak balas pembungaan lebih daripada 80%.
• Pengeluaran jambak bunga (‘red-heart’) 37 hari selepas aruhan hormon.
Ciri-ciri buah
• Buah berbentuk silinder dengan sisi bersegi.
• Kulit nipis mempunyai kadar perolehan yang tinggi.
• Bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg.
• Isi berwarna kuning keemas-emasan.
• Kandungan gula tinggi iaitu lebih 16% (TSS).
• Kandungan asid rendah (0.58%).
• Cita rasa manis dan enak, sesuai dijadikan
pencuci mulut.
Hasil
• Lebih kurang 40% lebih tinggi daripada Gandul dan 60% lebih
tinggi daripada Josapine.
• Rintang pada penyakit reput teras.
• Lebih mudah sesuai dengan pelbagai keadaan alam sekitar.
Ciri-ciri pengalengan
• Kadar perolehan yang lebih baik (20%) berbanding dengan
Gandul (16-18%).
• Kandungan gula yang tinggi 14-17% sebelum diproses dan 16-18% selepas diproses.
• pH dan tahap keasidan sesuai untuk pengalengan.
• Isi berwarna kuning keemas-emasan yang menarik serta tidak mudah pecah setelah dipotong.
• Isi buah bersih dan bebas daripada bintik-bintik.
• Diameter empulur buah kurang daripada 30 mm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought on “Nanas MASPINE

  1. i like this info..it helps me a lot in my presentation n asg…tqvm…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>