Di Malaysia Jambu Batu (Psidium guava) yang ditanam terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang bersaiz lebih besar dari biasa dan mempunyai berat lebih kurang 1kg dikenali dengan nama “Jambu Batu King” , “Jambu Batu Giant” atau “Jambu Batu Lohan”. Saya sendiri kurang pasti adakah ke tiga-tiga jenis ini adalah jenis yang sama atau tidak. Ada juga jambu batu yang mempunyai isi merah yang sesuai digunakan untuk menghasilkan jus guava. Namun, ianya jarang ditanam oleh pengusaha di Malaysia.

waaah penemuan lagi tentang benih jambu yang unggul , sangat menyenangkan …
semoga bisa terus ditingkatkan !!
pengusaha Malaysia sebaiknya mencoba menanam jambubatu yang isi merah soalnya menghasilkan jus guava yang enak dan menyehatkan
sudahkah ada bibit jambu tersebut terjual di pasaran?
mcm mn nk dpt kan anak benih jambu yg baik ni,lebih2 lg benih jambu batu king..nk beli kat mn eak???tolong bg info pd siapa2 yg ada maklumat..
salam, macam mana procedure memetik buah dengan cara yg betul dan mengekalkan kesegaran…adakah petik dgn gunting pada pangkal buah atau guna tangan sahaja..tq