Nangka yang disyorkan untuk ditanam

Antara Klon/ kultivar nangka yang disyorkan untuk ditanam ialah:-

Klon Nangka J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

Klon Nangka J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

Klon Nangka J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

Klon Nangka J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (CJ)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj – USM 2000).

Bagaimana MASTURA dihasilkan?

Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan.

Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg sebiji, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan.

Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>