Tanaman Rambutan

Tanaman rambutan merupakan satu tanaman popular di Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia masih menggemari buah rambutan. Rambutan yang paling disukai adalah seperti rambutan anak sekolah, rambutan gula batu, rambutan deli dan sebagainya. Pokok rambutan berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim buah ialah dua kali setahun, iaitu musim buah utama pada bulan Jun hingga Ogos dan sekali lagi pada bulan Disember hingga Januari. Pada musim utama, pokok rambutan berbuah lebat dan buah-buah yang bergantungan kelihatan begitu menarik sekali.  Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil.berbulu halus dan berwarna ke-hijauan. Bunga rambutan berseks tunggal. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau, tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut jenis. Kulitnya yang agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau kekuningan dan lembut. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat.
Terdapat sebanyak 200 klon yang telah didaftarkan di Malaysia, kebanyakannya mempunyai buah yang berwarna merah. Hanya klon R156 mempunyai kulit buah berwarna kuning dan dikenali sebagai ‘rambutan gading’. Klon-klon lain mempunyai buah yang berwarna merah. Kebiasaanya, pokok rambutan dibiakkan secara tampang dengan teknik cantuman mata tunas. Jika anda berminat dengan tanaman rambutan, bolehlah mendapatkan benih yang diakui sah di Jabatan Pertanian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought on “Tanaman Rambutan

  1. terima kasih telah berbagi , . .back to nature now or never solusinatural.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>