Tanaman rambutan merupakan satu tanaman popular di Malaysia. Ini kerana rakyat Malaysia masih menggemari buah rambutan. Rambutan yang paling disukai adalah seperti rambutan anak sekolah, rambutan gula batu, rambutan deli dan sebagainya. Pokok rambutan berbunga dan berbuah mengikut musim. Musim buah ialah dua kali setahun, iaitu musim buah utama pada bulan Jun hingga Ogos dan sekali lagi pada bulan Disember hingga Januari. Pada musim utama, pokok rambutan berbuah lebat dan buah-buah yang bergantungan kelihatan begitu menarik sekali. Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil.berbulu halus dan berwarna ke-hijauan. Bunga rambutan berseks tunggal. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau, tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut jenis. Kulitnya yang agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau kekuningan dan lembut. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat.
Terdapat sebanyak 200 klon yang telah didaftarkan di Malaysia, kebanyakannya mempunyai buah yang berwarna merah. Hanya klon R156 mempunyai kulit buah berwarna kuning dan dikenali sebagai ‘rambutan gading’. Klon-klon lain mempunyai buah yang berwarna merah. Kebiasaanya, pokok rambutan dibiakkan secara tampang dengan teknik cantuman mata tunas. Jika anda berminat dengan tanaman rambutan, bolehlah mendapatkan benih yang diakui sah di Jabatan Pertanian.
Tanaman Rambutan
Jualan Beras di Agri – BDC
Dipetik dari Blog http://blogmoa.moa.gov.my/ mengenai Program Jualan Beras….
Pusat Agri-BDC telah menganjurkan satu jualan beras bertempat di MOA, sesiapa yang berkesempatan bolehlah mengunjungi segera pada tarikh-tarikh seperti berikut;
* 27 Ogos 2010 (Promosi hari Raya)
* 24 September 2010
* 15 Oktober 2010
* 29 Oktober 2010
* 12 November 2010
* 17 November 2010
* 31 Disember 2010
Tempat :
Agri-food Business Development Centre
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia(MOA)
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
Masa : 9.30 pagi – 4.00 petang
No. Tel : 03 – 8870 1791 / 1790
Datang, jangan tak datang !!
Pameran MAHA 2010
Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Seramai 1.5 juta pengunjung dijangka melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang. Pameran MAHA 2010 dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa kini MAHA adalah pameran pertanian terbesar Malaysia dan berjaya menarik minat 500,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa. Selaras dengan imejnya, MOA telah memajukan 100 hektar Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), sebagai lokasi kekal untuk pameran itu. MAEPS menawarkan kemudahan tempat perjumpaan, insentif, konvensyen dan pameran.
Dengan MAEPS sebagai lokasi tetap MAHA, ia diharapkan dapat menyaingi pameran pertanian terkemuka yang lain seperti Pameran Pertanian Diraja di England, yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lepas.
