Pokok Anggur


Pokok anggur merupakan tanaman jenis menjalar dan memerlukan penyokong untuk pertumbuhannya. Para setinggi 2 m dan lebar 2-3 m boleh dibina bagi menyokong pertumbuhan tanaman ini.
Setelah pokok anggur membesar, latihan untuk membentuk pokok perlu dibuat. Tunas sisi yang tumbuh di batang pokok hendaklah dibuang untuk menggalakkan tunas hujung yang sihat dan cepat naik ke para atas. Apabila pokok mencapai 1.6 m tinggi, pokok dicantas untuk mewujudkan dua dahan primer. Kedua-dua dahan primer ini dicantas lagi apabila mencapai 1 m panjang untuk membentuk dahan sekunder yang berpotensi untuk berbunga. Hanya lapan dahan sekunder sepokok disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan yang baik.
Cantasan untuk berbunga/berbuah
Pokok anggur boleh dicantas untuk mengeluarkan bunga dan buah apabila mencapai umur lebih daripada setahun dan garis pusat batang lebih kurang 3-4 cm. Dahan sekunder mestilah berwarna perang dan dicantas dengan meninggalkan 4-8 tunas pada dahan. Tunas-tunas ini akan berpucuk 7-10 hari selepas dicantas dan pucuk baru ini mempunyai tangkai bunga. Bunga ini akan berkembang dalam masa 15 hari.

anggur2

Pembajaan
Tanaman anggur memerlukan tanah yang tinggi kandungan organik (5-10%) dan pH tanah antara 5-6.5. Baja yang mencukupi diperlukan untuk pertumbuhan dan penghasilan buah yang baik. Selain baja kimia, baja organik seperti tahi lembu/tahi ayam juga digunakan. Pembajaan mikronutrien juga diperlukan dan disembur ke daun (foliar) bersama dengan racun kulat dan racun serangga.
Serangga dan penyakit
Keadaan cuaca yang panas dan hujan yang berterusan, menyebabkan tanaman anggur sering diserang oleh serangga dan penyakit. Antara serangga yang paling serius ialah kumbang (leaf-eating beetles) dan hamama merah. Kedua-dua serangga ini menyerang daun anggur. Kulapuk downi ialah penyakit daun yang paling serius bagi tanaman anggur. Penyakit ini boleh dikenal pasti dengan bintik-bintik kekuningan di bawah daun anggur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Thoughts on “Pokok Anggur

  1. Pak, kami tertarik untuk membudidayakan tanaman anggur, mo tanya neh pada ketinggian berapa(dpm) tanaman anggur baik untuk ditanam, terima kasih sebelumnya

  2. RUSTINAH BT RAFAE on September 16, 2010 at 8:07 am said:

    1. Bagaimana hendak memulakan penanaman anggur di kawasan keliling rumah.
    2. Dimanakan dapatkan benih / anak tanaman anggur.

  3. salam…saya berminat dengan tanaman anggur…saya ingin tahu di mana saya boleh dapatkan anak aggur ini di kawasan utara…

  4. anggur bole hidup ke kat kaw. yg panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>