Buah-buahan di Malaysia

ciku
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan social. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah~buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.

betik

Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Thoughts on “Buah-buahan di Malaysia

  1. sbgai rakyat malaysia,kita haruslah saling bekerjasma dlm mmajukan industri pertanian di Malaysia

  2. faeez on July 14, 2010 at 4:35 pm said:

    utama pertanian sdn. bhd. membekal anak pokok buah-buahan tempatan. kelapa pandan rm6, rambutan rm6, cempedak madu rm6, n lain2. harga berpatutan bersedia menerima tempahan ladang. boleh tawar menawar.

  3. ayiezun on July 22, 2010 at 4:09 am said:

    salam…
    En. Faeez.
    saya nak bertanya dimana lokasi awak dan dimana lokasi
    Utama Pertanian sdn.bhd. sila beri saya alamat dan sy akan membuat lawatan dan kalau boleh sy ingin membuat sedikit kajian .bagi memantap kan apa yg sedang saya usahakan..

  4. pragaash on August 11, 2010 at 1:23 pm said:

    encik selamat sejathtera saya sendang mencari limau naga untuk berubat kalau encik tahu tetang limau naga tolong maklumkan saya .terimakasih

  5. salam..mohon kerjasama pihak tuan maklumkan ladang buah-buahan di selangor. tujuan untuk akademik. sila hubungi saya. terima kasih.

  6. very nice.

  7. salam…kepada pihak teknologi pertanian malaysia sila berikan saya tunjuk ajar mengenai proses penanaman buah-buahan di malaysia…

  8. Salam…….kepada pihak teknologi pertanian malysia sila
    berikan saya tunjuk ajar mengenai proses penanaman buah-buahan di malaysia dan di luar negeri macam negara paris,london dan australia.

  9. saya ingin tahu sekiranya terdapat pengusaha/pemborong tanaman tembikai merah yang berhampiran kawasan saya di sekitar kajang/Bandar Baru Bangi.

  10. En. Faeez,
    Bagaimana saya boleh hubungi en. faeez berkenaan pertanyaan dan pembelian anak pokok kelapa pandan.
    terima kasih

  11. wah infonya mantap…
    klo bisa posting jenis buah di negara lainnya juga…
    terutama negara timur tengah, saya sedang mencari info tentang tanaman tiin ficus carica) dan zaytun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>