Tanaman Buah Mata Naga

pitaya4

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang telah menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini dan boleh dikatakan buah yang begitu sedap. Penanaman buah mata naga di Malaysia mendapat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah pengusaha tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran kerana tidak dapat mengatasi masalah penyakit yang sedang menyerang tanaman ini.

pitaya2
Bagi yang ingin mencuba tanaman ini dirumah, beberapa panduan boleh anda ambil. Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.
pitaya3

Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

pitaya
Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/pitaya.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Thoughts on “Tanaman Buah Mata Naga

  1. riska novia on June 21, 2010 at 6:32 am said:

    TEknologi Pertanian keren,,,, !! TEP IPB pastinya !!jd bersyukur d ipb… s2,, TEP Tokyo university,, :D

  2. Ag Aidil Adzhar Bin Bakar on June 22, 2010 at 8:58 am said:

    melalui pendedahan berkenaan tanaman buah mata naga ini atau nama biasanya di panggil Dragon Fruit..ini memberikan tarikan yang baik untuk pengusaha yang ingin mengusahakan tanaman seperti Buah Mata Naga ini dan memberikan pengetahuan yang banyak bagi pelajar seperti kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan tanaman Buah Mata Naga ini..

  3. Di malaysia tak boleh tanam pokok ni sekarang…serangan penyakit yang mengerunkan…..Tanamlah pokok buah2an yang laina…Nnagka madu J33

  4. halo u all…buah ne memang sedap kan…tp,memang betul ker buah ne skg berpenyakit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>