Penyediaan Kawasan Projek Pertanian

bajak
Kebiasaanya terdapat beberapa peringkat dalam proses penyediaan kawasan sesuatu projek pertanian iaitu menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan serta yang paling penting ialah membajak.
Menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan
Jika tapak tanaman adalah dari kawasan hutan, maka semua pokok-pokok, belukar dan rumpai mestilah ditebang dan dibersihkan. Pokok biasanya ditebang dengan menggunakan gergaji atau jentera seperti jentolak. Akar dan tunggul pokok mestilah dibersihkan jika tidak ia akan menjadi sumber inokulum bagi berbagai jenis penyakit akar dan juga perumah kepada anai-anai.  Seminggu selepas ditebang kayu-kayu dihimpun untuk dibakar seelok-eloknya pada musim kering.

Selalunya bagi tanaman pokok buah-buahan jenis saka, tapak tanaman tidak perlu diratakan, kerana sistem tanaman teres boleh digunakan. Tetapi untuk tanaman buah-buahan yang memerlukan batas , seperti tembikai dan nenas ada kalanya tapak tanaman perlu diratakan. Untuk meratakan, tanah atas hendaklah ditolak dahulu dan dihimpun di satu kawasan kerana tanah atas mengandungi bahan organan dan ‘humus’ yang menjadikan tanah itu subor.

Membajak
Sebab-sebab utama membajak tapak tanaman adalah untuk memulihkan struktur atau keadaan tanah untuk penyediaan batas bagi mendapatkan pengedaran udara dan kelembapan yang sesuai bagi percambahan biji benih
bajak-tanah

Jenis-jenis jentera pembajak yang biasa digunakan ialah bajak piring (disc plough), sikat piring (disc harrow) dan bajak putar (rotary cultivator)
1. Bajak piring

Bajak piring boleh digunakan ditanah yang kering dan keras hingga tanah yang agak lembik. la digunakan dalam pusingan pertama selepas tanah-dibersihkan untuk menolong dan membalekkan tanah.  Selepas dibajak tanah menjadi ketulan-ketulan yang besar.
2. Sikat piring
Fungsi sikat piring ialah untuk memecah dan menghuraikan ketulan tanah dan mendapatkan tanah permukaan yang gembur. Biasanya sikat piring digunakan sebanyak dua pusingan selepas tanah dibajak dengan bajak piring dimana ia akan menghancurkan ketulan-ketulan tanah yang besar dan menutup ruang-ruang udara.
3. Bajak putar
Bajak putar biasa digunakan untuk membuat batas. lanya dapat menghasilkan permukaan yang gembur sesuai untuk percambahan biji benih. Bajak putar boleh dipasangkan kepada trektor 4 roda, trektor 2 roda atau trektor jalan kecil (pedestrian operated). la dapat mengerjakan tanah sedalam antara 150 hingga 200 mm. Jika digunakan pada tanah yang terlalu basah, ia tidak dapat memecah dan menghuraikan tanah disebaliknya menghasilkan ketulan-ketulan besar.  Kelajuan bajak putar yang rendah akan menghasilkan ketulan-ketulan yang lebih kecil dibandingkan dengan kelajuan yang lebih tinggi. Pada kelajuan yang rendah lebih banyak potongan terdapat pada satu meter jarak perjalanan.

Buah-buahan di Malaysia

ciku
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan social. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah~buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.

betik

Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

Produk-produk Nanas

nanas-gandol
Bunga nanas bersifat tidak serasi sendiri dan memerlukan pendebungaan. Buah nanas sebenarnya ialah jenis buah komposit yang terbentuk dari 100 – 200 bebuah. Buah ini terbentuk daripada bunganya yang hermafrodit. Bagi tanaman nanas, satu “bunga nanas” ialah sebenarnya sekelompok bunga yang mengandungi banyak bunga tersusun rapi dan padat antara satu sama lain. Selepas persenyawaan, tiap-tiap bebuah mula membesar menghimpit antara satu sama lain hingga bercantum menjadi satu. Buah nanas berbentuk kon dan silinder.
nanas-josapine

Komposisi utama buah nanas ialah air 80 – 86%, gula 10 -18% dan asid sitrik 0.5 – 2%. Setiap kultivar buah nanas mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti kandungan air, gula, asid, saiz empulur, saiz dan bentuk buah serta warna isi buah. Jambul buah yang terdapat diatas buah nanas sebenarnya adalah batang pendek yang mempunyai meristem dan daun. la boleh juga digunakan sebagai bahan tanaman.

nanas-n36

Di  Malaysia, pelbagai produk-produk pertanian dapat dihasilkan daripada hasil nanas ini. Antara yang biasa diamalkan ialah  nanas yang dimakan segar.
Buah nanas yang masak dimakan segar, dibuat salad buah atau rojak dan di cecah dengan perasa sos atau sambal. Buah nanas matang juga boleh dimasak untuk sajian seperti pajeri nanas, kari, masak lemak, kerabu, acar dan juga kuih-muih seperti tat, pie, kek dan puding.
nanas-selangor-sweet

Nanas Kaleng
Buah nanas diawet dan dikaleng untuk tujuan eksport dan penyimpanan lama dalam berbagai bentuk seperti potongan membulat, potongan dadu, bentuk hancur dan ketulan. Buah nanas juga dikalengkan sebagai koktail dengan buah-buahan lain.

Buah diproses
Buah-buah nanas boleh juga diproses untuk menghasilkan jem, jus, kordial, cuka dan minuman keras.

“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”

Tanaman Buah Mata Naga

pitaya4

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang telah menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini dan boleh dikatakan buah yang begitu sedap. Penanaman buah mata naga di Malaysia mendapat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sesetengah pengusaha tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran kerana tidak dapat mengatasi masalah penyakit yang sedang menyerang tanaman ini.

pitaya2
Bagi yang ingin mencuba tanaman ini dirumah, beberapa panduan boleh anda ambil. Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.
pitaya3

Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

pitaya
Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/pitaya.htm

Pembiakan Tanaman Kaedah Tut

tutTerdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman buah-buahan yang boleh digunakan. Antaranya adalah seperti sandingan, cantuman matatunas, cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah-buahan. Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan  sahaja sesuai bagai pembiakan benih. Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut.

pembiakan-tutTeknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannya seperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad dan pertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan pada tanaman ciku, jambu batu dan limau.

Sungguhpun pembiakan secara ini menghasilkan anak pokok buah-buahan yang berbunga atau berbuah lebih cepat, tetapi pengeluarannya yang terhad itu tidak praktik untuk mengeluarkan anak pokok secara besar-besaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...