Blog Teknologi Pertanian

14 Feb, 2010

Dokong

Posted by: admin In: Dokong| pertanian

Dokong (Lansium domesticum Corr) merupakan sejenis buah- buahan yang mempunyai potensi dan berdaya maju untuk dikomersilkan masa kini. Dokong dipercayai berasal dari Kg. Simpul, Daerah Tanjung Mas di Wilayah Narathiwat, Thailand. Di Thailand, dokong dikenali sebagai longkong atau longgong dan ia adalah satu tanaman tempatan yang berekonomi tinggi dengan harga pasaran yang amat lumayan. Thailand juga telah mulai mengeksport dokong bersama buah-buahan tropika lain ke negara-negara seperti Jepun dan Hong Kong.
Dokong dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand dan telah ditanam di kawasan bersempadan dengan negara jiran seperti Jajahan Jeli dan Tanah Merah di Kelantan, Besut dan Jerangau di Terengganu dan Baling di Kedah.

Terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji atau dokong butir. Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah seperti berikut:-
(a) Dokong Kering
Dokong yang ditanam secara komersial ialah dokong kering kerana buah dokong kering sangat manis, kulittidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai dan oleh sebab itu kebanyakan dokong kering berbentuk muncung atau lonjong. Terdapat juga bentuk buah bulat, bujurdan variasi lain dalam kategori dokong kering ini.
(b) Dokong Air
Kandungan air dalam buah dokong jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Bentuk buah dokong air adalah bulat. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Dokong air tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
(c) Dokong Biji Atau Dokong Butir
Setiap ulas dokong biji mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air tidak bergetah. Buah dokong biji tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti.

2 Responses to "Dokong"

1 | mohd raizuli mat jusoh

February 18th, 2010 at 6:19 am

Avatar

saya amat berminat nak membeli anak pokok dokong kering. dan pergi banyak tempat tapi x ada stok dimana nak dapatkan anak benih yang berkualiti

Comment Form


  • Niyna Mohammad: Saya dah lama berminat nak tanam anggur tetapi saya tak pasti sama ada benih anggur yang dijual di kawasan sekitar Seremban atau Melaka manis atau tid
  • aqilah: salam..saya pelajar UKM.. sekarang tgh buat research psal kulit jagung.. kt mane bley sye dapat kulit jagung dlm kuantiti yang byk kt area lembah kl
  • judinmat: Sekarang musim durian di Kedah,Perak,Kelantan,Trengganu dan Pahang.saya baru saja melalui kawasan negeri ini banyak gerai durian di tepi jalanraya.Say

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Percuma Pelan Bisnes Cendawan !

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur !