Tisu Kultur Banyak Kelebihannya

tisu-kultur

KAEDAH moden pembiakan anak benih pokok pisang secara tisu kultur dilihat mampu menjana pembiakan berganda dan sekali gus menyelesaikan masalah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman pisang secara skala besar dan komersial.

Kalau selama ini peladang sering dihantui bagaimana untuk mendapatkan anak benih dalam jumlah yang besar di samping mampu mengeluarkan hasil berkualiti dan tahan serangan penyakit kini dengan adanya teknologi TISU KULTUR , masalah ini dijangka dapat diatasi.

Banyak kelebihan tanaman melalui kaedah tisu kultur antaranya;

* Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar.

* Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa.

* Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.

* Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Thoughts on “Tisu Kultur Banyak Kelebihannya

  1. ballazi on March 16, 2010 at 9:14 am said:

    ingin belajar cara melakukan tanaman secara tisu kultur untuk tanaman dirumah

  2. sabit on April 28, 2010 at 4:16 am said:

    Di Johor dimana saya boleh mendapatkan tisu kultur pisang nipah

  3. boleh buat tisu kultur pokok pucuk paku

  4. assalammualaikum tuan,

    saya nak belajar untuk buat kultur tisu pokok pisang dan bagaimanakah saya untuk mendapatkan note cara untuk menbuat kultur tisu. kalau tuan ada berapa kos beli note.

  5. saya telah membuat tanaman kelapa sawit seluas 3/4 ekar dibelakang rumah. Untuk menguruskan kebun ni saya tiada pengalaman. Pokok sawit telah berbuah tetapi buahnya kecil2. Masalah saya tidak punya cukup kewangan utk menguruskan kebun ni bolehkah tuan beri nasihat dimana saya boleh mendapatkn pinjaman wang atau khidmat nasihat untuk mendapatkan hasil sawit yg lebih bermutu dan hasil yg lebih lumayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>