Segala informasi tentang teknologi pertanian
Kaedah autopot

Teknologi penanaman fertigasi menggunakan kaedah autopot adalah merupakan satu inovasi baru dalam bidang pertanian moden di Malaysia. Kaedah autopot adalah sistem yang membekalkan nutrien kepada tumbuhan dengan tepat mengikut keperluan secara automatik. Ia banyak digunakan di negara maju seperti di Australia dan di Eropah menggantikan kaedah fertigasi “drip to waste system” yang menggunakan habuk kelapa. Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.
Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.
Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi beberapa masalah dan limitasi yang terdapat dalam projek fertigasi. Kaedah ini menggunakan konsep hidroponik yang mesra alam dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang seragam dan berkualiti.
| Print article | This entry was posted by admin on January 14, 2010 at 3:00 am, and is filed under Fertigasi, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 1 year ago
saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah Senanaman autopot, iaitu perkhidmatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada petani yang berminat seperti saya. Saya ingin memulakan penanaman cara tersebut tetapi tiada kepakaran dan modal. Tambahan pula saya adalah orang sarawak. Minta jasa baik pihak tuan untuk memberi penjelasan.Terima kasih.
about 1 year ago
http://www.youtube.com/watch?v=gKEhnGyDLXk
sistem autopot yg memudahkan tanaman dijaga secara minima, tidak perlu merumput dan menyiram setiap hari…
about 1 year ago
dgn sistem autopot tanaman bole ditinggalkan beberapa hari tanpa kita risau kerana tanaman disiram dan dibajai secara automatik…..
about 1 year ago
rasanya sistem ini lebih baik, praktikal berbanding fertigasi kerana tiada penggunaan tenaga elektrik hanya menggunakan tenaga graviti secara semulajadi….
about 1 year ago
hai,
fertigasi ni memerlukan modal yg agak besar sebagai permulaan. namun kebaikannya ia cepat berbuah berbanding cara biasa. tapi kos selenggara adalah lebih murah banding cara biasa kerana ia tidak perlukan kerja2 memotong/meracun rumput,pembajaan yg lbh jimat,tempoh yg lbh pendek dgn hasil yg lebih tinggi banding cara biasa.
about 10 months ago
salam, dimana nak beli peralatan-peralatan ni semua ye?
terima kasih
about 4 months ago
Autopot ini adalah amat mahal. tempoh pulang modal yg lama.