Segala informasi tentang teknologi pertanian
Jenis Ubi Kayu
Pada kebiasaanya terdapat dua jenis ubi kayu yang terdapat di Malaysia.
Ubi tersebut adalah jenis “pahit” – (mengandungi racun sianid
dalam isi ubi) dan jenis “manis” –( racun sianid dalam ubi
kurang dan pada tahap selamat dimakan)
Walau bagaimanapun, semua varieti mengandungi sianid dalam semua bahagian pokok. Kebanyakan jenis “pahit” ditanam untuk pemprosesan kanji atau racik kering.
Jenis “manis” pula sesuai dimakan atau diguna untuk produk makanan dan menjadi bahan mentah berguna dalam industri makanan snak (makanan ringan) seperti snak tradisional seperti kerepek, keropok dan opak masih digemari ramai.
Tepung ubi kayu boleh diguna dalam snak moden seperti snak sempritan kerana menjamin kerangupan snak tersebut
Semua pucuk ubi kayu mengandungi sianid; lebih dibandingkan dengan ubi! Sebenarnya, tiada varieti yang selamat dimakan pucuknya. Jadi cara menghilangkan sebahagian besar sianidnya ialah dengan masaknya dengan cara celup dalam air mendidih. Disyorkan makan sekali sekala saja, jangan kerap sangat dan Tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
| Print article | This entry was posted by admin on December 23, 2009 at 9:27 am, and is filed under Ubikayu, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
Apa kesan sianid kepada kesihatan manusia
about 1 year ago
salam sejahtera…bolehkah saya bertanya? saya ingin bertanya, betulkah gam boleh dibuat daripada ubi kayu? kalau ya, macam mana nak menghasilkannya? apakah bahagian ubi kayu tersebut yang boleh dibuat gam? soalan ini amat penting bagi saya. Tolong jawab dengan segera sebelum 1 disember ini.
about 1 year ago
salam…..bagaimana untuk mendapatkan benih ubi kayu pahit…….terima kasih….
about 1 year ago
apakah kesan sanpingan pucuk ubi kayu terhadap manusia.dan bagaimana caranya untuk saya memporelehi benih ubi kayu..
about 1 year ago
Sesiapa yang nak dapatkan benih ubi kayu boleh hubungi Mardi Pontian, Johor- keratan ubi kayu sri pontian