Segala informasi tentang teknologi pertanian
Archive for December, 2009
Jenis Ubi Kayu
Dec 23rd
Pada kebiasaanya terdapat dua jenis ubi kayu yang terdapat di Malaysia.
Ubi tersebut adalah jenis “pahit” – (mengandungi racun sianid
dalam isi ubi) dan jenis “manis” –( racun sianid dalam ubi
kurang dan pada tahap selamat dimakan)
Walau bagaimanapun, semua varieti mengandungi sianid dalam semua bahagian pokok. Kebanyakan jenis “pahit” ditanam untuk pemprosesan kanji atau racik kering.
Jenis “manis” pula sesuai dimakan atau diguna untuk produk makanan dan menjadi bahan mentah berguna dalam industri makanan snak (makanan ringan) seperti snak tradisional seperti kerepek, keropok dan opak masih digemari ramai.
Tepung ubi kayu boleh diguna dalam snak moden seperti snak sempritan kerana menjamin kerangupan snak tersebut
Semua pucuk ubi kayu mengandungi sianid; lebih dibandingkan dengan ubi! Sebenarnya, tiada varieti yang selamat dimakan pucuknya. Jadi cara menghilangkan sebahagian besar sianidnya ialah dengan masaknya dengan cara celup dalam air mendidih. Disyorkan makan sekali sekala saja, jangan kerap sangat dan Tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
Penggunaan Mikoriza dalam Pertanian
Dec 1st

Selain dari najis binatang, abu tandan kelapa sawit dan sebagainya, penggunaan mikrob tanah juga boleh membantu menyuburkan tanah. Salah satu mikrob tanah yang memberi faedah ialah kulat mikorhiza, ia dapat dapat meningkatkan kesuburan tanaman di samping menambah ketahanan pokok terhadap serangan penyakit akar.
Mikoriza adalah organisma yang hidupnya bersimbiosis atau bekerjasama dengan akar tanaman. Ia hidup di dalam akar dan menyebarkan hifanya yang panjang untuk menyerap nutrien tanah.
Antara Fungsi Mikoriza ialah;
- Merangsang pertumbuhan akar rerambut yang intensif dalam jangka masa singkat.
- Meningkatkan penyerapan air dan nutrien melalui peningkatan luas akar.
- Menyediakan unsur yang sukar diserap terutamanya unsur P, Cu dan Zn.
- Mempercepatkan pokok berbunga dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi.
Keterangan lanjut, anda boleh download artikel ini melalui web jabatan pertanian >> http://www.doa.gov.my/media_pengembangan/
