Ciku Subang, Jantung dan CM19

Jika anda berminat menanam buah ciku, amat disyorkan anda menanam buah ciku seperti di atas. Ciku Subang atau C63,  Ciku Jantung atau C62 dan CM19 adalah di antara buah ciku yang mempunyai hasil dan kualiti yang baik serta mendapat permintaan di pasaran.

Rambutan Anak Sekolah

Rambutan anak sekolah atau juga disebut Klon R191 merupakan di antara klon rambutan yang paling sedap rasa isinya. Rambutan ini banyak ditanam oleh pengusaha kerana mendapat sambutan oleh pengguna.

Anda ada tanam ke pokok ni di rumah? Dah cuba rasa isinya ?

Keledek Vitato

vitato

(MARDI) terus mengorak langkah memajukan industri pertanian dengan memperkenalkan ubi keledek varieti “VitAto”  yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A. Kajian terhadap VitAto itu mengambil masa lebih lima tahun hasilnya  mendapati ubi keledek varieti baru ini sesuai ditanam di tanah jenis bris yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. VitAto mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar atau lima kali ganda berbanding jenis terdahulu iaitu dari jenis Gendut, Telong dan Jalomas.

VitAto boleh dimakan selepas direbus, dikukus, digoreng atau dibakar serta boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng (fries), kek, ban dan mufin.Ubinya berbentuk bujur panjang serta isinya berwarna oren.

Mangga Lemak Manis

Mangga lemak manis pada kebiasaanya bewarna hijau walaupun sudah masak. Ada sesiapa ke ada menanam mangga ini di rumah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...