Segala informasi tentang teknologi pertanian
Archive for September, 2009
Durian Klon D99
Sep 30th

Seperti yang diketahui memang terdapat pelbagai jenis durian yang terdapat di Malaysia. Yang paling mendapat permintaan ialah durian jenis klon atau setengah orang pangggil durian kahwin. Di Malaysia terdapat lebih dari 200 jenis klon yang berdaftar dibawah Jabatan Pertanian.
Biasanya bentuk daun adalah berbeza dengan durian klon yang lain.

Siapa yang biasa makan durian klon tentu pernah rasa durian Klon D99. Bentuk buah durian klon D99 ni memang unik dan menarik.. Durian ini juaga dikenali sebagai Kop Kecil dan berasal daripada Thailand.
Racun Perosak Pertanian
Sep 16th
Racun perosak merupakan sebarang bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan makhluk perosak.
Kegunaan racun perosak kebiasaanya adalah bertujuan bagi pengeluaran komoditi pertanian, perhutanan & industri kayu-kayan, penternakan haiwan , kesihatan awam , perosak seisi rumah dan lain-lain lagi.
Jenama dagangan sesuatu racun perosak biasanya tertulis pada bungkusan racun perosak yang dijual di kedai. Contohnya : Roundup, Ally 25DF, Confidor 100 SL, Dursban 75+, Antracol 35 WP dan sebagainya.
Bilakah racun perosak sesuai digunakan?
Anda dinasihatkan menggunakan racun perosak Hanya apabila serangan melebihi ATL. Utamakan ketoksidan yang rendah dan Jika perlu ulangi rawatan sila…
- Patuhi jadual kekerapan, selang seli dengan racun perosak yang mempunyai cara tindakan berbeza dan patuhi keperluan TDMH
- Paling penting sekali ialah membaca label dan patuhi segala arahan yang tertulis di atasnya.
Tanaman Cili yang menguntungkan
Sep 12th

Siapa yang tidak kenal dengan cili. Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan tidak mempunyai rasa kepedasan cili merah atau cili padi.Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.Ini satu senario yang menunjukkan satu permintaan bagi industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.
Sehingga kini, penanam cili semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin disebabkan harga cili yang sentiasa memberangsangkan sehingga kadangkala mencecah RM20 harga di pasar menjadikan tanaman ini mendapat perhatian ramai pengusaha. Kaedah fertigasi yang semakin popular menjadikan tanaman cili dapat dikeluarkan secara komersil dan berskala besar. Secara tidak langsung dapat menampung permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Pertanian sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda nampak haluannya. Pertanian adalah Perniagaan.
Tembikai Kembar Siam
Sep 5th

Ada sesiapa ke pernah tengok tembikai kembar siam. Gambar ini diambil semasa pameran hasil-hasil pertanian sempena HPPNK 09 di MITC, Melaka tempoh lalu.
Cantuman Mata Tunas pokok nangka
Sep 2nd

Anak pokok nangka biasanya dibiakkan dengan menggunakan cantuman mata tunas. Setelah berjaya dicantum, bahagian atas pokok penanti akan dipotong bagi menggalakkan pengeluaran tunas yang baru hasil dari cantuman.

Gambar di atas menunjukkan hasil daripada cantuman mata tunas yang berjaya selepas lebih kurang 2 minggu. Biasanya kadar cantuman yang berjaya di antara 50-70%. Dikatakan pokok nangka di antara pokok buah yang mempunyai kejayaan rendah selepas cantuman.

Selepas sebulan maka terhasillah anak pokok klon nangka yang telah berjaya hidup. Anak pokok ini akan diberikan baja yang sempurna agar pertumbuhannya lebih stabil sebelum dipindahkan ke ladang. Klon pokok nangka di atas merupakan klon Tekam Yellow.
“Pertanian Menjana Ekonomi Negara”
