Penanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan
penduduk Malaysia, la dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.
Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telahdiprosesdalam bentukcili kering, cili boh, cilijeruk, serbuk cili dan soscili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ‘capsaicin’, sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama ‘sambal belacan’.
Umumnya, penduduk Malaysia menggunakan 33,300 tan cili setahun. Sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan/tahun. Sebagai memenuhi kepertuan, cili terpaksa diimport sama ada dalam bentuk segar, kering dan juga serbuk.

Penanaman Cili
Cili sesuai ditanam pada suhu 20 – 30°C dengan taburan hujan di-antara 1500 – 2000 mm sebulan. Sekiranya air dapat dibekalkan, penanaman padamusim kemaraujuga dapat memperolehi hasilyang memuaskan.

Faktor Tanah

Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong). Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5-6.8.

Biji benih yang bermutu tinggi perlu digunakan. Sejumlah300-500g
biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman. Biji benih dirawat dengan
racun kulat thiram 3g/1000g benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam. Anak benih boleh ditanam di bawah jaring kalis serangga.

Semaian Polibeg
Polibeg berukuran 12 cm x 20 cm x 0.1 mm diisi dengan tanah campuran. Tanam 2-3 bijibenih sedalam 0.5 cm. Penjarangan dijalankan apabila anak benih mempunyai 2-3 helai daun Tinggalkan satu pokok setiap polibeg. Letak polibeg di tempat teduh yang didirikan daripada plastik tembus cahaya dan jaring kalis serangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Thoughts on “Penanaman Cili

  1. Cherisha on August 4, 2009 at 2:49 am said:

    Tahniah! Blog ini mmg satu blog yg berjaya krn dpt memberi byk informasi yg berguna. Saya seorang pelajar siswazah di USM. Saya mempunyai seorang kawan juga pelajar Phd sdg menjalankan penyelidikan ttg ulam. Masalah yg dihadapi ialah dia hendak menanam ulam utk memudahkan penyelidikan ttp dia tak dpt cari benih utk ulam. Saya ingin menanya jika saudara mempunyai maklumat ttg tempat mendapatkan benih ulam ini. Bantuan saudari amat dihargai. Ini adalah email saya, cheepl83@yahoo.com.. Terima kasih

  2. azremy bin muhamad on August 4, 2009 at 9:18 am said:

    Assalammualaikum.., saya ingin memberi cadangan bahawa, apa kata kita gunakan sistem automasi dalam bidang pertanian. dimana kita hanya menggunakan sumber tenaga manusia hanya seorang sahaja untuk mengawal semua ladang kita dengan cara kita moniter dan kawal dlm komputer… teknologi tersebut ada… saya insyaallah akan membantu…. Tahniah pada saudara yang mengusahakan tanaman tersebut… ini email saya.., ir_azremy@yahoo.com

  3. Kebanyakkan Pokok Cili akan mengalami penyakit seperti daun kerinting. di sini saya ingin mengesyorkan satu produk yang boleh merawat tanaman dan juga merawat kesuburan tanah. BAJA ORGANIK ABU TANDAN KELAPA SAWIT PROSES. Harga yang berpatutan, 1 Ton RM 700.00 kos penhantaran mengikut tempat. baja ini juga boleh menambah berat buah. sesuai juga digunakan untuk kelapa sawit dan semua tanaman kontan.

  4. Ulam apa yang diperlukan..

  5. Norisham on November 1, 2009 at 10:38 pm said:

    Saya menanam cili dalam polibag utk kegunaan sendiri (2beg). Masalah cili saya ialah telah diserang oleh serangga seperti lalat. Buah akan membengkok selepas dihinggap. Apakah jenis racun yg sesuai utk digunakan utk mengatasi masalah ini?

  6. john on March 9, 2010 at 3:26 am said:

    saya suka cili………tapi tak suka makan….

  7. guna racun lalatbuah.dejual kat kedai jualracun

  8. kat mane de jual benih cili semerah di kaw batu pahat?

  9. Di Sarawak ,di mana boleh beli biji cili semerah ?

  10. Bavani a/p Nagamuthu on August 8, 2010 at 8:09 am said:

    Saya ada menanam cili secara kecil -kecilan. Masalah saya sekarang ialah buah cili saya sudah agak besar. Tetapi masil hijau warnanya. Saya tak tahu kenapa buahnya masih belum berubah warna wlaupun sudah agak lama. Berapa lamakah ia mengambil masa untuk mnjadi merah? Saya betul-betul risau kalau buahnya akan rosak kaklau saya terus menunggu ia masak. Harap dapat menolong.

  11. saya suka menanam cili dihalaman belakang rumah saya tetapi kerapkali saya kecewa dengan hasilnya, apa tidaknya cili besar yang ditanam nampak subur tapi buahnya akan membusuk sebelum matang dan akan gugur dengan tangkainya kekuningan. harap mendapat nasihat berguna.

  12. Mohd Arif on December 20, 2011 at 3:45 pm said:

    Saya Berminat tp X tau nk memulakan nya…berapakah kos bagi permulaan penanaman pokok cili merah..saya ingain mencuba dalam bidang pertanian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>