Segala informasi tentang teknologi pertanian
Pembajaan Pokok Pisang
Sepintas lalu bagaimana melakukan pembajaan pokok pisang. Untuk makluman Jarak tanaman pokok pisang adalah seperti berikut;
2.5 m x 2.5 m – kepadatan tanaman 1600pokok.
3 m x 3 m – kepadatan tanaman 1100 pokok.
3 m x 3 m (selingan) – kepadatan tanaman 700 – 900 pokok. Dilaksanakan sebaik sahaja pembajakan kedua selesai dilakukan.
( seminggu sebelum menanam )
Gaulkan baja CIRP ( 100g/pokok ), 8:8:8 ( 60g/pokok ) dan GML ( 60g/pokok )dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut
Sulur-sulur dicelup ke dalam air panas bersuhu (55°C) selama 5-10 minit
Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit
Minggu 1- bulan 24
Siram sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hari hujan.
Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang’mencukupi. Kadar penyiraman ialah 8-12 liter/sehari.
Bulan 1- Bulan 5 ( mengikut kadar 100g bulan 1 dan 150g bulan seterusnya )
Baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.
Bulan 4 dan bulan 9
Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.
Bulan 6
Tabur baja NPK 12:12:17:2 (75g/pokok) di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.
Bulan 9
Baja NPK 12:12:17:2 (250g/pokok) ditabur di sekeliling pokok Atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm
Bulan 12-13
Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.
| Print article | This entry was posted by admin on July 19, 2009 at 1:31 pm, and is filed under Pembajaan, Pisang, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.


about 2 years ago
penanaman pokok pisang (awak) hendak lah disekitar tempat yang terlindung terus dari pancaran matahari dan baja yg mencukupi.pokok akan menjadi lebih sihat dan subur. menghasilkan pisang yang baik boleh mencapai berat setandan pisang pisang sekitar 30 hingga 40 kg.
about 2 years ago
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.. Itu yang kita mahukan..
about 1 year ago
sy nak bertanya kepada yg pakar,bagaimana kte nk tanam pokok pisang abu?sy mintak bantuan yg pakar2 kt sini,sb sy baru nk berjinak2 dgb pertanian..
about 1 year ago
saya ingin bertanya apakan jenis pisang yang mendapat permintaan yang tinggi dipasaran terutama pasaran tempatan ?
about 1 year ago
Salam Sejahtera kepada semua usahawan pertanian dan perladangan…
Saya wakil daripada syarikat Agri Nature Ent; pembekal baja terbaik dan makanan ternakan yg murah dan berkualiti tinggi.
Kami ingin mempelawa mana – mana syarikat, koperasi, kedai @ tuan dan puan menjadi agen pasaran, stokis atau sebagai DEALER produk baja …kami iaitu MavaBest ( baja pemberat buah dan penambah hasil yang telah terbukti dan berkualiti ) bagi setiap negeri dan kawasan. Baja ini khas untuk pokok sawit, getah, kelapa pandan, padi, tanaman saka, tanaman kontan dan lain-lain pokok buah-buahan.
Bagi yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut atau yang telah mengetahui kehebatan baja MAVABEST dan serius dengan perniagaan ini, sila berikan identiti dan alamat lengkap tempat perniagaan dengan tepat kerana setiap kawasan akan dibahagikan dengan secara efisyen. Sila berhubung dengan kami pada emel sperti diatas atau hubungi terus kami di talian 016-921 5546. Setiap agen / DEALER yang dipilih adalah terhad dan bergantung kepada kekosongan . tertakluk kepada terma dan syarat. Terima Kasih.