Blog Teknologi Pertanian

23 Jun, 2009

Tanaman padi

Posted by: admin In: Padi| pertanian

Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai.
Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru (<135 hari peringkat matang). Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia. Padi varieti baru mempunyai potensi penghasilan yang tinggi tetapi bermasalah daripada segi mutu dan kurang ketahanan terhadap perosak dan penyakit. Manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap fotokala, bertempoh matang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas terhadap baja. Walau bagaimanapun, varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya yang sedap.
Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi. Disyorkan menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysian Standard MS 469-1993.
Padi mesti dituai seelok padi masak. Kelewatan menuai boleh menyebabkan kekurangan hasil kerana pokok-pokok padi akan rebah, biji-biji padi lerai dan juga kerosakan oleh musuh-musuh dan penyakit-penyakit. Biasanya padi elok dituai dalam masa 35 hari selepas 50% dari pokok-pokok mengeluarkan tangkai-tangkai padi.

Biasanya padi dituai dengan jentuai (combine harvester). Kemudian biji-biji padi dileraikan dengan cara membanting tangkai-tangkainya ke dalam tong pembanting. Hanya di kawasan yang menanam padi secara kecil-kecilan padi dituai dengan ‘ketam’ padi. Terdapat juga mesin-mesin penuai lengkap yang kecil dan ringan iaitu ‘mini combine’ yang juga boleh menuai, membanting dan membersihkan hasil padi sekaligus.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/kenal_padi.htm

4 Responses to "Tanaman padi"

1 | Zamri Mohamed

November 8th, 2009 at 6:41 am

Avatar

Saya Pengerusi Koperasi Usahawan Pahang Berhad. sangat berkeinginan untuk dapatkan kertas kerja lengkap tentang tanaman padi.

2 | osman hashim

February 28th, 2010 at 2:48 pm

Avatar

saya pengedar baja organik GUNUNG BERAPI (ZEOLITE0) di daerah kuantan dan pekan.saya telah membuat kajian dan telah test flot padi di kg,sepat dan paya pisang Kuantan apa yang saya lihat dengan baja gunung berapi yang mempunyai zeolite merupakan baja asli yang amat baik.Di Sekinchan,Tanjung Karang dan kuala Selangor ramai penanam padi telah bejaya dengan baja ini.hasilnya pendapatan petani agar baik dari sebelum guna baja ini. saya ingin syorkan kepada petani petani pekebun pekebun sayuran atau buah buah beralihlah kepada baja organik ini kerana kauliti baja yang baik lagi murah dari harga pasaran.boleh hibungi saya OSMAN HASHIM.019=6149541 atau web. jelapagWE blogspot.com. harga yang berpatutan hasil yang tinggi.

3 | Yahaya Abdullah

April 14th, 2010 at 2:52 pm

Avatar

Alfa Life merupakan baja cecair organik bermutu tinggi yang dirumus khas sesuai untuk semua jenis tanaman dengan menggunakan Teknologi Bio Nano dengan Zeolite, Guano, Garam Bukit, Habbatus Sauda & Silika. Ia juga mengandungi vitamin seperti Karotein, B1, B2, B6, E & Niasin yang meningkatkan daya tahan penyakit dan serangan makhluk perosak. Ia juga tidak mengandungi bahan kimia dan mesra alam. Tidak mengandungi racun dan tidak merbahaya kepada hidupan termasuk manusia.
Alfa life mengandungi mikro organisma berfaedah yang diternak iaitu Bakteria Fotosintesis, Bakteria Yis & Bakteria Asid Laktik. Bakteria yang diternak dilengkapi sumber sumber lengkap untuk ia terus hidup untuk jangka masa yang panjang.
Bakteria yang diternak dalam keadaan begini menjadikan ianya lasak dan boleh bertindak dalam apa jua keadaan cuaca.
Alfa life juga menggunakan teknologi gema yang dapat membantu bakteria berkomunikasi dengan tumbuh tumbuhan dengan menyediakan makanan yang diperlukan.
Teknologi ‘Anti Graviti’ menjadikan pokok lebih berdaya tahan dan mampu mencegah sebarang kesan negatif dari tindakbalas persekitaran.

Sila hubungi 017-4426998 utk keterangan lanjut. percuma untuk plot percubaan.

4 | steveny chong

July 15th, 2010 at 2:41 pm

Avatar

Saya pelajar uum (universiti utara malaysia) ingin mengkaji tentang “Pengeluaran Padi di Malaysia”. Boleh membekalkan saya tentang faktor faktor yang mempengaruhi pengeluaran padi kah? Terima kasih..harap dapat tolong saya.

Comment Form


  • Niyna Mohammad: Saya dah lama berminat nak tanam anggur tetapi saya tak pasti sama ada benih anggur yang dijual di kawasan sekitar Seremban atau Melaka manis atau tid
  • aqilah: salam..saya pelajar UKM.. sekarang tgh buat research psal kulit jagung.. kt mane bley sye dapat kulit jagung dlm kuantiti yang byk kt area lembah kl
  • judinmat: Sekarang musim durian di Kedah,Perak,Kelantan,Trengganu dan Pahang.saya baru saja melalui kawasan negeri ini banyak gerai durian di tepi jalanraya.Say

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Percuma Pelan Bisnes Cendawan !

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur !