Segala informasi tentang teknologi pertanian
Pemasaran Hasil Pertanian
Sistem pemasaran merupakan satu aktiviti yang kompleks kerana melibatkan pelbagai lingkungan pemasaran di mana berlakunya pelbagai interaksi di kalangan pengeluar, pemborong dan peruncit. Pemasaran hasil pertanian yang berterusan juga bergantung kepada beberapa perkara bagi menjamin hasil yang dikeluarkan tidak menjadi lambakan dan terus sampai kepada konsumer. Perkara-perkara tersebut adalah seperti jumlah pengeluaran, kemudahan logistik, citarasa pengguna, penyimpanan, penggreddan, kaedah saluran pemasaran dan sebagainya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini isu mengenai lambakan buah-buahan semakin kedengaran terutamanya di kalangan pengeluar buah-buahan tempatan. Buah-buahan yang sering menjadi isu lambakan adalah seperti durian, rambutan, cempedak, rambutan, langsat, duku dan dokong.
Lambakan Mangga sala di Perlis misalnya pernah menjadi satu isu hangat yang diperkatakan suatu ketika dahulu. Kini, durian dan dokong dijangka mengalami lambakan di Kelantan dan Terengganu pada bulan Julai dan Ogos. Ini adalah kerana kebanyakkan buah-buahan ini kurang menjadi pada tahun lalu disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan tanaman dan cuaca.
Jadi, pada tahun ini tanaman buah-buahan berkenaan dilihat mengalami pertumbuhan yang baik dan dijangka berlaku peningkatan hasil yang tinggi akan mendorong berlakunya lambakan yang agak banyak. Lambakan yang berterusan akan menjejaskan pendapatan petani yang umumnya bergantung harap dari sumber hasil pertanian ini.
Pemasaran pertanian adalah sesuatu aktiviti yang mencabar kerana ia melibatkan barangan segar yang mudah rosak. Oleh itu, kekuatan sistem pemasaran penting bagi menjamin pembekalan yang berterusan seterusnya mengatasi isu lambakan.
Asas-asas berlakunya isu lambakan
Petani tidak bersikap proaktif
Kebanyakkan petani tidak membuat perancangan yang rapi dan sistematik sebelum mengeluarkan produk masing-masing bagi mengelakkan masalah pemasaran dan lambakan buah. Kebanyakkannya lebih berusaha untuk bercucuk tanam sahaja tanpa memikirkan masalah pemasaran. Usaha pemasaran hanya difikirkan apabila hasil pertanian sudah hendak dituai. Petani tidak terlebih dahulu membuat perancangan mengenai potensi pasaran bagi produk yang akan dikeluarkan. Walaupun pihak kerajaan sentiasa membantu pengeluar tetapi jika usaha sebelah pihak sahaja, maka masalah tersebut tidak dapat diselesaikan. Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran.
| Print article | This entry was posted by admin on June 4, 2009 at 3:18 pm, and is filed under Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
Apakah usaha kerajaan selama ini dapat membantu para petani didalam memasarkan produk keluaran mereka??Jangan baling batu sorok tangan dibelakang.Adakah pihak-pihak agensi kerajaan yang bertanggungjawab ini memainkan peranan mereka sebagai pemacu industri pertanian yang diwar2kan oleh kerajaan.Perkara ini amatlah penting kerana sekiranya agensi-agensi atau pihak yang bertanggungjawab mewakili kerajaan tidak menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan maka industri pertanian tidak akan berkembang seperti yang diharapkan. Contohnya kalau petani pergi ke pejabat pagi, tengah hari dan petang malahan seminggu atau berbulan berulang alik ke pejabatnya untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan pegawai yang bertanggungjawab tiada bagaimana industri ini mampu berkembang dengan jayanya. Jangan salahkan petani dalam soal ini sedangkan pihak yang bertanggungjawab ‘cakap tak serupa bikin’ ataupun pilih bulu. Tauke-tauke cina jugak yang akan membeli produk-produk keluaran petani ini.Kemudian sekiranya produk-produk petani malaysia seperti buah-buahan dan syur-sayuran mengalami lambakan adakah pihak agensi yang terbabit membuat statistik mengenai perkara ini sedangkan produk import pun sentiasa akan masuk ke pasaran di Malaysia ini. Contohnya baru-baru ini harga cili merudum sehingga RM 1.00/kg disebabkan cili impot masuk ke pasaran. Sedangkan kos untuk menanamnya sahaja sudah mencecah hampir RM 3.00/pokok dan sepokok hanya menghasilkan 2kg. Bagaimana petani hendak maju sekiranya pihak yang bertanggungjawab buta bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Siapakah yang mengawal keluar dan masuk produk-produk ini. Kita ada Fama, Jabatan Pertanian, Peladang dan mungkin banyak lagi jabatan-jabatan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap masalah ini tetapi adakah keberkesanan ataupun kesungguhan mereka untuk memajukan para petani dimalaysia ini.Bila petani yang sudah berjaya baru lah terhegeh-hegeh pegawai-pegawai agensi atau jabatan datang untuk menawarkan itu dan ini. Tetapi sebelum itu batang hidung pun tak nampak.Oleh itu marilah kita renung-renungkan bersama apakah masalah ini datang nya daripada petani itu sendiri ataupun masalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengaplikasikan arahan yang telah diberikan kepada mereka. 1Malaysia…
about 2 years ago
kekadang jabatan / agensi ini buat petani macam bola..
bila kita minta bantuan mereka kata sila rujuk disana…sampai sana. yang sana kata rujuk tempat itu..sampai tempat itu . yg itu kata rujuk sana..kekadang pegawai tu x tahu mana rujukan yg tepat
ayooo…memang tension
ini pengalaman aku la…
about 2 years ago
last sekali aku mati akal..
impian tinggal impian…
about 2 years ago
Apa kata buat satu network utk pemasaran bermula dari sini.. jgn harap gomen etc..
admin pun macam tak de cerita menarik utk di kongsi… cerita tak habis..
about 2 years ago
Minta maaflah kepada yang rasa artikel ini menyinggung perasaan sesiapa.. Isu lambakan ini memang banyak.. Bukan setakat petani sahaja.. Saya bukan nak salahkan petani 100%. Ini cuma salah satu sebab sahaja. Saya ambil isu ini pun dari keratan surat khabar. Kenyataan ini pun dikeluarkan oleh orang yang bukan calang2 orang.
Isu lambakan ini memang dipengaruhi oleh banyak aspek.. Susah nak diceritakan semuanya.. Kita sendiri sebagai pengguna pun kadang-kadang sanggup beli buah dari negara Thailand.. Macam mana tu.. ? Kalau semua orang boikot buah-buah atau sayur-sayur dari negara Tahiland.. tentu isu lambakan hasul dari negara kita tidak akan berlaku…
about 2 years ago
Petani tak boleh mudah putus asa.. kalau jalan 1 tak boleh kena cari akal untuk lalu jalan 2.. Sekarang ni kan banyak jalan..
about 2 years ago
ada penurus kelapa pandan boleh call saya tengah cari
penusus 0173362324
about 2 years ago
jabatan pertanian kena bagi panduan atau kursus pemasaran pd petani…tp skang lebih pada suruh orang ramai bertani…lambakan berlaku la.