Penanaman Longan

Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah. Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta menghalang pendebungaan dan pembentukan putik. Curahan hujan tahunan yang paling baik ialah diantara 1200-1400 mm. Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang.

Keadaan tanah yang mempunyai profil yang dalam (melebihi 100 pH 5.5 – 6.0 dalam kemasinan yang rendah adalah sesuai untuk tanaman longan. Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat memegang air seperti Siri Tok Yong, Cempaka, Lundang, Kerayong, Tebok, Tawar, Gong Chenak dan Lubok Kiat adalah sangat sesuai untuk tanaman longan.

Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg. Pusu.

Penaman di ladang
Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok dengan kepadatan 166 pokok/ha. Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9 penanaman. Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm. GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada 4.5. Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan. Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.

Longan mengambil masa 5-7 bulan (bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga sehingga matang. Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan berbanding dengan buah longan muda. Bagi longan kultivar Edaw, pungutan hasil dibuat lebih awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.

Pungutan Hasil
Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan berhati-hati dan disimpan di dalam bakul. Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.

Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bm/panduan_longan.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Thoughts on “Penanaman Longan

  1. khairul izam radzi on May 22, 2009 at 8:44 am said:

    saya ingin berminat dengan penanaman longan.bolehkah saya tahu di mana boleh mendapatkan benih pokok. berapa harga untuk 1 pokok.

    terimakasih

  2. farah on July 6, 2009 at 10:07 am said:

    malaysia ketiga dalam pertanian apa??

  3. asal on July 7, 2009 at 4:18 am said:

    khairul izam, benih longan boleh didapati di nurseri buah-buahan juga boleh bertanya kat nurseri bunga kot2 diaorang ada link dengan member2 laIN.

    Ada pelbagai jenis longan antaranya berlian, indor, pingpong dll… kena tau yang mana senang berbuah dan penjagaan yang minima.

    harga dalam RM8.00 ke atas.

    juga boleh bertanya pada Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan tempat anda.

  4. saya tanam longan biasa, longan pingpong dan idor. pingpong buah besar tp biji besar.sentiasa berbuah,rendah tp tidak begitu lebat. yg biasa buah kecil dan isi nipis serta biji besar juga. sekarang tengah tunggu buah idoor besar. kali pertama berbunga. beli kat bangkok thailand.hanya tahun ni baru tahu cara nak bagi berbunga, bubuh sodium chlorate/racun buluh, sikit aja utk rangsang bunga. yang ini boleh buat komersial kerana buah sederhana besar tp biji kecil.ada cina kedah tanam kata 400 kilo sepokok kl dah 10 tahun umur. lain ksn kat sarawak dan pahang oleh lkpp.ada maklumat call saya 0129082005 hassan.share info.

  5. Kebelakangan ini, jiran jiran saya di JB,ramai yang tanam pokok longan. Ada satu jiran, pokok longan ping pong sudah berbuah setelah satu tahun umurnya. Saya ada tanam pokok longan jenis isi tebal tetapi biji leper, mungkin jenis biji lada. Kawan saya juga ada yang tanam longan brazil yang setahu saya jenis longan yang terbesar di dunia, buahnya besar dan kulit buahnya warna hijau semasa masak. Setahu saya, terdapar sejenis longan yang rasanya campuran Durian, Mangga, Rambutan dan Longan. Warna kulit buahnya merah dan isinya macam longan- Sila rujuk youtube( Magic Fruit). Sekiranya sesiapa ada maklumat tengtang magic fruit ini boleh kasih saya? Terima Kasih.

  6. saharuddin ab rahman on March 14, 2010 at 3:44 am said:

    saya ada tanam longan ping pong, masalahnya tumbesarnya- sekali berpucuk kemudian berbulan2 tak bergerak.yg terakhir tengah 2 membesar tiba2 terhenti begitu aje’.daunpun belum sempat besar macan daun dahulu tiba2 berentii gitu aje.umur dah setahun lebih, dah berbuah sekali. ade sapa 2 yg dapat leraikan masalah saya ni. tolong terangkan – terima kasih

  7. Mungkin kurang baja ataupun terdapat batu bata di bawah akarnya yang menghalang tumbesaran pokok longan ping pong. Jiran saya menggali lubang sedalam 2 kaki persegi dan menukar tanah yang baik dan siram setiap hari dan saya nampak tumbesarannya agak sihat dan cepat

  8. faeez on July 14, 2010 at 5:03 pm said:

    membekal pokok longan atau mata kucing sepokok berharga rm6, tinggi 5kaki sudah mula berbuah. jangan lepaskan peluang. hubungi faez 013-5088716

  9. Saya pun ada tanam longan ping pong..saya sarankan awak pruning pokok tu setiap kali lepas berbuah,lepas tu tabur baja 15 15 15,gemburkan tanah sekeliling pangkal pokok

  10. sesiapa yang mempunyai masalah pokok boleh lah contact saya dan saya syorka baja MB Megabiotech semua keperluan asas makanan kepada pokok cubalah kalau hendak lihat kelainannya cuba dulu baru tau sila call 019-6073006

  11. I like this weblog very much, Its a very nice berth to read and receive information. “Dead battles, like dead generals, hold the military mind in their dead grip.” by Barbara Tuchman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>