
Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin. Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang.
Penyediaan Tanah
Keledek ditanam di atas batas. Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah. Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.
Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanamubi.htm
mana nak dapatkan benih ubi keledek?
bape lama nak tanam keledek ni dari tarikh tanam
Tanaman keldek ni biasanya cepat dalam masa 3-4 bulan sahaja mengikut jenis keledek..
kat banting banyak ditanam ubi keledek.. boleh cari di sana..
Bolih tak tuan beri panduan dimana masaalah kita khususnya ialah ” pemasaran dan penjualan
produk yg kita telah kita tanamankan.
Saya pernah berususan dengan FAMA, tapi cuma
indah kabar dari rupa…dia beli produk dengan kami
dengan berbagai syarat dan bayar lewat…bukan nak membantu Bumiputra, tapi ” mematikan “lagi ada…tanya lag petani petani kg yg lain…Tolong huraikan…
boleh tak tuan bagi no tel pengusaha tanaman keledek di banting?
razi 0136526073
1) adakah tanah sawah terbiar boleh di tukar kepada penanaman ubi keledek?
2) Saya pernah mengusahakan tanaman ini tapi hasil kurang memberansangkan mungkin benih yang kurang baik.
3) di manakah saya boleh dapatkan benih jenis GENDUT ?