Segala informasi tentang teknologi pertanian
Pokok Rambutan
Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek. Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil. Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm. Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari.
Pokok rambutan boleh ditanam menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang. Jarak tanaman disyorkan adalah 9 m x 9 m. Sistem tiga segi dapat memberikan bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dari sistem segi empat sama (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi). Sistem sesiku keluang dapat memberikan kepadatan pokok yang tinggi dengan tambahan 100% bagi satu kawasan.
Sistem sesiku keluang melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sederhana dan dibuang apabila pokok rambutan berumur 12 tahun atau kanopi mula bertemu.
Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang. Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja. Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.
Maklumat lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_rambutan.htm
| Print article | This entry was posted by admin on April 5, 2009 at 12:09 pm, and is filed under Rambutan, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
Pokok rambutan saya berumur 10 tahun. Terdapat semut hitam menyerang dan membuat sarang dalam batang pokok menyebabkan dahan dan ranting mati. Siapa boleh bantu? Apa ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.
about 2 years ago
kenapa pada musim kali ini buah rambutan saya mengalami pecah kulit sebelum masak dan hampir keseluruhan buah mengalami keadaan yang sama. Dari pemerhatian saya tiada bekan gigitan keluang/kelawar. Adakah disebabkan cuaca terlalu panas atau ianya sejenis serangan penyakit Boleh kah bantu saya dalam hal ini.
about 2 years ago
nak tanya ada sesiapa tahu di mana saya boleh beli pokok benih rambutan jenis ‘anak sekolah’..thx
about 2 years ago
susah nak digambarkan pecah kulit yang bagaimana.. kalau ada gambar boleh bagi saya tak.. kadang-kadang pecah kulit disebabkan kesan kandungan nutrien yang tinggi atau toksik.. dan cuaca panas pun boleh membantu terjadinya perkara begini..
about 2 years ago
Kepada Saudara/Saudari KH,
jika berminat benih rambutan sila emel saya
shaikinah@yahoo.com
about 2 years ago
Klon ape yang saudari ada? R191?
about 2 years ago
tumpang bertanya. tuan ada menjual pokok pokok buah-buahan ke? kalau ya, boleh bagi saya alamat dan tempat di mana saya boleh beli pokok buah-buahan tersebut daripada pihak tuan?
about 1 year ago
membekal anak pokok rambutan rm4, mata kucing rm6, kelapa pandan rm8,cempedak madu rm4. harga berpatutan. hubungi faez 013-5088716