Segala informasi tentang teknologi pertanian
Archive for February, 2009
Keperluan Air Tanaman Pisang
Feb 14th

Tanaman pisang memerlukan air di antara 1500-2500 mm/tahun. Keperluan air ini amat kritikal pada peringkat pisang mengeluarkan jantung. Pada kebiasaannya, pokok pisang memerlukan air di antara 8-12 liter sehari.Namun begitu tanaman pisang dikatakan tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24 jam.
Info: Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang berangan, Cavendish dan Rastali.
Info: Pisang yang biasa di masak atau diproses adalah seperti pisang Nangka, pisang Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah dan pisang Awak.
Tanaman Jagung
Feb 13th

Tanaman jagung ini terletak di Kedah. Jagung manis segar mendapat pasaran yang baik pada masa ini. Jagung boleh dijadikan ramuan untuk kek, aiskrim, sirap, kanji jagung dan makanan bayi.

Pokok jagung yang subur dapat menghasilkan buah yang berkualiti. Jagung manis boleh dituai 60-65 hari selepas ditanam. Hasil yang diperoleh sehingga 40,000 tongkol/ha. Batang jagung pula boleh dijadikan makanan ternakan atau baja organik.

Buah jagung yang telah dituai akan dijual kepada pemborong

“Pertanian adalah Perniagaan”
Pertumbuhan Cendawan Tiram Kelabu
Feb 12th

Peringkat Pertama (Pertumbuhan Miselium)
* Hifa akan tumbuh dan terjalin antara satu sama lain membentuk miselium.
* Tumbuh sehingga memenuhi keseluruhan permukaan substrat.
Peringkat Kedua (Pembentukan Kepala Paku)
* Kepala paku seperti batang yang kecil mula terbentuk.
* Keadaan yang lembab dan cahaya diperlukan.
Peringkat Ketiga (Peringkat Matang)
* Strukturnya terbahagi kepada dua iaitu topi dan batang.
* Topi berbentuk seperti payung berwarna kelabu.
* Lamela berwarna putih di bahagian bawah topi.
* Batang tersangkut pada lamela yang menyambungkannya dengan topi
* Batang berwarna putih dan berbentuk separuh bulat.
* Diameter batang bergantung kepada substrat dan faktor-faktor
persekitaran.
* Normal diameter sekitar 5-15 cm.
Khasiat CENDAWAN
* Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak.
* Rendah kalori dan serat yang tinggi.
* Zat-zat gallon yang penting untuk kesihatan.
* Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau.
* Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes dan obesiti kerana ia rendah lemak.
“Pertanian adalah Perniagaan”
Tanaman Cili Fertigasi
Feb 11th

Proses Tanaman Cili
1.MenyediakanAnak Benih Semaian
- Gunakan dulang semaian polistrin
- Basahkan cocopeat
- Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman
- Kambus semua biji benih
- Memeram biji benih yang disemai
- Pindahkan Anak benih ke takung yang besar
- Siram dan beri baja mengikut keperluan
2. Menyediakan Medium
Medium tanaman diisi ke dalam polibag berukuran 16″x16″ dan disusun ke ladang pada jarak 2′x3′. Contoh bahan medium digunakan ialah cocopeat, sekam, pasir, gambut, pumice, vermiculite, pearlite dan Iain-lain.
3.Penanaman
Anak benih yang matang berumur 20-30 hari dipindahkan ke dalam polibag. Hanya anak benih yang bermutu tinggi dan bebas daripada penyakit sahaja digunakan.
4. Pengairan
- Pengurusan mengenai air penting, kegunaan air dapat dioptimumkan.
- Kaedah pengairan semakin maju.
- Bagi tanaman fertigasi cili, tomato dan melon kaedah pengairan
mikro adalah paling sesuai.
- Pengairan ini merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman
dengan tempoh yang lebih kerap dengan kadar/ isipadu menghampiri
kadar penggunaan tanaman tersebut.
5. Pemerhatian Tanaman
- Memeriksa setiap pokok.
- Pastikan air drip berfungsi.
- Melilit dan mengikat pokok pada tali.
- Membuang mata tunas.
- Memantau serangan perosak dan penyakit.
- Penyemburan racun perosak.
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan.
Pembajaan
1. Nutrien Mikro
- Boron (B)
- Kopper (Cu)
- Ferum (Fe)
- Manganese (Mm
- Molybdenum (Mo)
- Zink (Zn)
2. Nutrien Makro
- Nitrogen (N)
- Fosforus (P)
- Kalium (K)
- Magnesium (Mg)
- Kalsium (Ca)
- Sulfur (S)
“Pertanian adalah Perniagaan”
Tanaman Bendi
Feb 4th

Bendi (Abelmoschus esculentus I.) tergolongl dari keluarga Malvaceae juga dikenali sebagai Kacang Mior atau Kacang Lendir. la dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan mempunyai taburan yang luas hampir di semua kawasan tropika dan subtropika. Kacang Bendi banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Filipino, Thailand serta Vietnam. Selain itu terdapat juga pengeluaran di Afrika Barat dan Brazil, Kawasan penanaman utama di Malaysia ialah di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang,

Beberapa kultivar yang disyorkan untuk penanaman ialah Bel dan Be2 kerana dapat memberi hasil yang tinggi antara 15-20 tan sehektar, agak rentan terhadap penyakit dan perosak, serta sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia yang mempunyai suhu antara 24-32°C dengan taburan hujan sehingga 300 mm semusim.

Bunga pokok bendi yang sedang berkembang

Penuaian perlu dilakukan pada tahap optimum yang kebiasaannya 50-55 hari selepas penanaman atau 5-6 hari selepas bunga berkembang dan buah berukuran lebih kurang 10-12 sm. Di tahap ini tekstur buah masih lembut, bahagian hujungnya rapuh dan belum berpulur dan sesuai untuk pasaran segar, Kualiti Kacang Bendi dapat dikekalkan sehingga 1 minggu jika disimpan pada suhu 5-10°C dengan kadar kelembapan relatif 90-95%.

‘Pertanian adalah perniagaan’
