Segala informasi tentang teknologi pertanian
Penyediaan Tanah Bagi Tanaman Jagung

Jagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.
Keperluan Biji Benih
Biji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam.

Rendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus.
Rujukan selanjutnya : http://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_jagung.htm
| Print article | This entry was posted by admin on February 27, 2009 at 7:32 am, and is filed under Jagung, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
saya tanam jagung…..
tp kn…..
tnah dia keras gler….
bongkah2 gak la…..
um….
n sy tanam direct…..kt tanah….
tapi after a week…
ta tumbuh n sy chek…
benih kne makan
about 2 years ago
kalau kena makan bukan salah tanah la.. salah bintang tu.. tapi seeloknya jangan ditanam di tanah yang keras sebaliknya tambahkanlah sedikit bahan organik..
about 2 years ago
cam ner nak tau tanah tue masam ker x?
sesuai ker x ngan tanaman jagung nie?
about 2 years ago
try survey kat N9 daerah rembau…tanah sangat bagus
about 1 year ago
bleh x sy dptkn info t’perinci sbb skg sy nk jlnkn kajian tentang tanaman jagung..
klu da info bleh kongsi ckit
about 1 year ago
camana plak dengan tanh pasir sungai…tanah berhampiran dengan sungai…..
about 10 months ago
Dimana boleh saya beli benih jagung manis di sekitar kuala lumpur/selangor untu tanah seluar kira2 2 hektar..
t kasih…
about 10 months ago
Dimana boleh saya beli benih jagung manis di sekitar kuala lumpur/selangor untuk tanah seluas kira2 2 hektar..
t kasih…