Segala informasi tentang teknologi pertanian
Pengurusan Perosak dan Penyakit Pisang
Program kawalan penyakit dan perosak hendaklah dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga ke peringkat penuaian hasil. Kebersihan ladang, cantasan daun berpenyakit dan tua, pembinaan saliran dan pembungkusan tandan buah adalah aktiviti yang perlu dijalankan bagi mengurangkan kos kawalan penyakit dan perosak. Antara penyakit utama yang menyerang pisang ialah Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella sp), Penyakit Layu Panama (Fusarium oxysporium) dan Penyakit Bintik Daun Cordana (Cordana musae). Manakala perosak utama tanaman adalah Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus germ), Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odoiporus longgicolis, Oliv, Ulat Gulung Daun (Erionate thrax) dan ialah lalat Buah (Bactocera musae).
| Print article | This entry was posted by admin on February 20, 2009 at 10:35 am, and is filed under Pisang, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 1 year ago
Boleh berikan saya senarai penyakit dan perosak tanaman ubi kayu serta cara kawalannya tak…?
about 10 months ago
Bagaimanakah caranya untuk mengelak tanaman pisang dari gangguan monyet.
Anak-anak pisang tak sempat nak besar dah habis di-rosakkan oleh monyet.
Ada tak apa2 petua untuk menghalang monyet dari memasuki kawasan kebun.
about 5 months ago
Bagi pokok pisang yang sudah berbuah saya berjaya menghalang monyet (beruk dan kera) dari meratah pisang saya dengan menggunakan letrik. Dengan membelit dawai kawat bogel (dawai jemur kain tak berpenebat) pada buah pisang dan disambung ke sumber 240 Volt (live wire sahaja tanpa neutral) monyet akan merasa kejutan dan lari tapi tak mati.
Sambungan tanpa neutral ini tidak mengalirkan arus letrik tetapi hanya mengujudkan voltan sahaja. Ini bermakna bil letrik tidak bertambah walau dipasang berterusan. Juga tidak melahirkan haba.
Namun bahaya rejatan letrik keatas manusia sekira terkena wayar live dan badan pula terkena tanah masih boleh membawa maut. Kaedah ini mestilah dilakukan oleh orang yang arif dalam bab letrik. Keselamatan manusia perlu diberi perhatian serius.
about 5 months ago
Monyet biasanya suka mematahkan batang anak pisang. Entah apa tujuannya masih menjadi misteri kepada saya sebab tidak ada tanda ia memakannya. Saya kira monyet berkelakuan begini menunjuk perasaan kerana “frust” atau marah akan sesuatu.
Saya kira cara yang berkesan dalam hal ini ialah dengan memelihara beberapa ekor anjing dikebun anda. Untuk makluman, memelihara anjing-bekerja adalah harus kepada orang Islam. Bersentuhan dengan anjing juga tidak menjadi suatu dosa. Samak untuk menunaikan ibadah itu bukanlah susah sangat terutama apabila sudah biasa. Allahu a’lam.