Segala informasi tentang teknologi pertanian
Tanaman Bendi

Bendi (Abelmoschus esculentus I.) tergolongl dari keluarga Malvaceae juga dikenali sebagai Kacang Mior atau Kacang Lendir. la dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan mempunyai taburan yang luas hampir di semua kawasan tropika dan subtropika. Kacang Bendi banyak ditanam di kawasan Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Filipino, Thailand serta Vietnam. Selain itu terdapat juga pengeluaran di Afrika Barat dan Brazil, Kawasan penanaman utama di Malaysia ialah di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang,

Beberapa kultivar yang disyorkan untuk penanaman ialah Bel dan Be2 kerana dapat memberi hasil yang tinggi antara 15-20 tan sehektar, agak rentan terhadap penyakit dan perosak, serta sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia yang mempunyai suhu antara 24-32°C dengan taburan hujan sehingga 300 mm semusim.

Bunga pokok bendi yang sedang berkembang

Penuaian perlu dilakukan pada tahap optimum yang kebiasaannya 50-55 hari selepas penanaman atau 5-6 hari selepas bunga berkembang dan buah berukuran lebih kurang 10-12 sm. Di tahap ini tekstur buah masih lembut, bahagian hujungnya rapuh dan belum berpulur dan sesuai untuk pasaran segar, Kualiti Kacang Bendi dapat dikekalkan sehingga 1 minggu jika disimpan pada suhu 5-10°C dengan kadar kelembapan relatif 90-95%.

‘Pertanian adalah perniagaan’
| Print article | This entry was posted by admin on February 4, 2009 at 1:50 pm, and is filed under Bendi, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
Are the flowers of the lady’s fingers edible?
about 1 year ago
BILAKAH BENDI BOLEH MENGELUARKAN HASIL?
DALAM 1 EKAR BERAPAKAH POKOK YANG BOLH DITANAM?
1 POKOK BOLEH MENGELUARKAN BERAPA KG?
JENIS BENDI YANG BAGUS VARIETINYA UNTUK DITANAM?
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BENIH BENDI?
BAGAIAMANA UNTUK MENDAPATKAN BAJA TAHI AYAM?
1 EKAR TANAH BOLEH DAPAT BERAPA KG?
HARAP DIJAWAB SECEPAT MUNGKIN…………..SAYA NANTIKAN JAWAPAN DARI AWAK……………
about 1 year ago
ADA TAK KURSUS MENGENAI TANAMAN BENDI?
about 11 months ago
saya ada masalh dalam penanaman bendi
masalah utama
1. anak bendi saya br keluar biji benih dia menjadi layu
2. batang ank bendi melecur
3. tolong berikan maklum balas secepat yg mungkin