Segala informasi tentang teknologi pertanian
Cili organik fertigasi

Tanaman cili organik yang menggunakan 100% baja organik iaitu menggunakan teknologi EM dan IMO. Kaedah pemberian larutan EM menggunakan sistem fertigasi.

Cili organik yang mempunyai kualiti buah yang lebih baik

Hasil cili organik ini boleh mencapai tahap yang membanggakan walaupun hanya menggunakan baja organik

Cili merah yang sedang masak dan sedia dikutip hasilnya

Tangki larutan yang digunakan bagi pengagihan larutan EM diberikan kepada pokok cili.

Selain itu, media bagi penanaman ialah menggunakan tanah campuran dan baja kompos Bokashi EM . Baja kompos inilah yang membekalkan banyak nutrien kepada pokok.

Baja organik yang terkandung dalam teknologi IMO seperti FAA, FPJ dan lain-lain lagi juga digunakan sebagi sumber nutrien serta fungsi yang lain.

Penyediaan larutan EM yang dihasilkan sendiri dapat menjimat kos operasi serta mengurangkan penggunaan racun serta baja kimis.

‘Pertanian adalah Perniagaan’
| Print article | This entry was posted by admin on February 3, 2009 at 2:30 pm, and is filed under Fertigasi, cili, organik, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
Sgt menarik. EM bukanlah sejenis baja, setahu saya. Penambahan EM4 kedlm pembuatan baja organik hanya sebagai agen mempercepatkan proses pereputan di dlm penghasilan baja organik tersebut.
Kejayaan saudara sgt mengkagumkan. Bolehkah saya berjumpa dan melawat ladang cili saudara untuk menimba ilmu dan pengelaman?
about 2 years ago
Memang benar EM itu bukan baja.. tetapi baja Bokashi yang sebenarnya membekal nutrien kepada tanaman.. Penambahan EM adalah bagi meningkatkan lagi proses pengambilan nutrien oleh tanaman dan pelbagai lagi fungsi.. Untuk makluman saudara, ladang tersebut bukan ladang saya tetapi ladang pengusaha cili yang terletak di Beranang..
about 2 years ago
boleh tolong bagi no.tel @ alamat ladang tersebut coz saya nak mulakan projek cili fertigasi secara organik t.kasih
about 2 years ago
Maaflah.. saya tidak boleh no.tel org sebarangan.. takut orang tersebut marah pulak kerana menganggu privasi..
about 2 years ago
sume bahan organik 2 bkn sume tmpat ble dpt………susah nak cr……..
about 2 years ago
Kalau saudara perlukan kuantiti yang banyak saya boleh tolong carikan..
about 2 years ago
sgt bagus tk
about 2 years ago
salam…..klu sy ingin dptkan formula tuk penyediaan em…bagaimana?skrg sy menjalankan cili fertigasi dlm kuantiti yg sedikli..so mustahil klu sy ingin dpat kan kuantiti yg banyak…..jika saudara boleh tinggalkan kan no telefon pon ok jg….sbb sy ingin dptkan perbezaan kos n hasil dlm penggunaan em dan baja AB….kwn sy ad membuat cili fertigasi jg….mereka wat dalan 2000 pokok….klu sy ble dpatkan contact no saudara…ble la kita wat temu janji,,,,,
about 2 years ago
salam…boleh tolong bagi formula bancuhan EM yg betul tak? saya pun ada menggunakannya tapi mcm tak berkesan jer…mungkin campurannya tak betul kot.. boleh tolong tak??
about 2 years ago
Saya pernah mencuba tanam cili merah secara organik, saya mengunakan baja enzyme yang diprocess sendiri, memang berkesan, tetapi tanaman secara orginik memang susah, sebab dari permulaan, benih cili tidak boleh rendam dengan racun serangga, tidak boleh mengguna racun ulat dan racun serangga, tidak boleh mengguna baja kimia. Yang paling susah adalah tidak boleh mengguna racun serangga, saya telah cuba membuat racun serangga organik tetapi tidak berkesan, saya cuba memerangkap kulat and serangga tetapi tidak berkesan juga.
about 1 year ago
wow… bgsla. tahniah… anda xjd petani ygtaksub pd kimiabaja.. teruskanusaha
about 1 year ago
Assalamualaikum wr wb,
Tuan Admin,
Saya ingin melawat ladang cili organik di Beranang tersebut, Saya amat berharap pihak tuan tidak keberatan untuk memaklumkan tentang alamat ladang/kebun berkenaan.
Info ladang tersebut tuan boleh emailkan kepada saya di myedream@gmail.com
Pertolongan tuan amat amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Jika ada cara lain untuk saya melawat ladang berkenaan, sudilah kiranya tuan maklumkan ke email saya.
Terima kasih sekali lagi.
Jamal