Pokok Karas bagi penghasilan Minyak Gaharu


Pokok Karas bagi penghasilan minyak gaharu.  Di Malaysia terdapat 5 spesies Aquilaria iaitu A. microcarpa, A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, dan A. rostrata.

Gambar di atas merupakan carta aliran pemprossesan kayu gaharu untuk penghasilan minyak gaharu. Gaharu dijadikan bahan pewangi, kemenyan dan digunakan dalam perubatan tradisional.

Terdapat pelbagai gred kayu karas dan gred ini menentukan harga untuk dijual. Harga di pasaran adalah di anatara RM100-RM500 mengikut gred.

Kebanyakkan kayu gaharu dan minyak gaharu adalah bagi tujuan eksport ke luar negara.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Tanaman Anggur Perlis

Gambar ini di ambil pada Julai 2006 di Ladang Demonstrasi Anggur Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Ladang ini berkeluasan 0.35 hektar dan projek ini bermula sejak tahun 1987. Maknanya pokok anggur ini dah berusia lebih dari 20 tahun.

Daun pokok anggur yang tumbuh subur.

.

Buah anggur yang mula mengeluarkan hasil. Gambar ini diambil slepas waktu hujan.

.

Selain menggunakan keratan sebagai bahan tanaman, Pokok anggur juga boleh dibiak menggunakan kaedah tut.

Buah anggur yang telah dijangkiti oleh kulat.

Akbat dari serangan kulat yang serius.

.

Serangga ini dikenali kumbang belangkas. Memang haiwan ini suka melekat. Memang banyak dijumpai pada buah anggur.

Telur serangga yang telah dijumpai pada tanaman anggur. Saya pun tak pasti apakah serangga yang bertelur seperti ini.

Jika anda mempunyai pengalaman dalam tanaman anggur, silalah beri komen anda !!

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Ramuan Ubat dari Tumbuhan Herba

Gambar ini diambil di satu pameran pada awal tahun 2007.  Saya cuba selongkar kembali gambar-gambar yang lama-lama untuk tatapan pembaca. Simpan sahaja pun tak guna kan. Gambar ni saya ambil di gerai yang perubatan tradisional yang berasaskan ramuan herba.

Kalau dilihat memang macam-macam jenis tumbuhan herba yang kebanyakkannya diambil di hutan. Kebanyakkan tumbuhan tersebut memang tidak saya kenali. Sempat juga saya bertanyakan tentang tumbuhan herba tersebut pada tuannya. Tapi sekarang dah lupa lah.. Yang saya masih ingat, dia ada ajak saya kalau ingin masuk hutan untuk cari tumbuhan herba ini.

Yang paling berharga saya rasa Raja Kayu di bawah ini. Dikatakan ianya susah dijumpai kerana mempunyai penunggu yang menjaganya. Herba-herba ini akan diadun menjadi satu ramuan bagi merawat sesuatu penyakit. Menurut penjual ubat herba ini, sejenis herba sahaja tidak mujarab bagi merawat penyakit. Ia memerlukan campuran tertentu mengikut khasiat herba dan nisbah tertentu bagi setiap ramuan untuk dijadikan ubat.

Macam-macam jenis herba kita boleh lihat di bawah ini. Antaranya adalah seperti Tongkat aji samad, Tulang belut, Tengkuk biawak dan larak tupai jantan.

Adakah anda pernah melihat dan mengenalinya sebelum ini?

Kayu herba yang biasa kita lihat adalah seperti di atas iaitu kayu serapat dan kayu kacip fatimah. Gambar di bawah pula ialah kayu-kayu herba seperti tongkat ali dan derhaka mertua.

Varieti Kelapa

Varieti-varieti Kelapa di atas :  West African Tall dan Malayan Tall.


Varieti-varieti Kelapa di atas : Mawa, Malayan Red Dwarf dan Malayan Yellow Dwarf.


Varieti-varieti Kelapa di atas : Mataq dan Mawa


Jenis-jenis Varieti-varieti Kelapa di Malaysia yang sedang dipamerkan

Satu tandan kelapa varieti MATAG. Kelapa Matag ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Hasil purata bilangan buah kelapa dikatakan lebih tinggi dari Kelapa Mawa.

Satu tandan kelapa varieti MAWA. Kelapa Mawa ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan kelapa Tinggi Afrika Barat. Bilangan buah setandan ialah diantara 14-16 biji.

Kenalkah anda mana bunga jantan dan mana bunga betina?

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...