Segala informasi tentang teknologi pertanian
Archive for January, 2009
Tanaman Durian
Jan 24th

Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan spesies buah-buahan yang sangat popular di rantau Asia Tenggara, Negara Thailand merupakan pengeluar dan pengeksport utama durian di dunia. Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 ha keluasan tanaman durian. Negeri Johor, Kelantan, Pahang dan Perak adalah pengeluar durian yang utama.
Durian merupakan tanaman yang berasal dari kawasan rendah tropika. Persekitaran yang panas dan lembap (27° – 32° C) sesuai untuk pertumbuhan vegetatif. Tanah yang sesuai untuk tanaman durian ialah jenis lom hingga lom berpasir. Durian memerlukan tanah yang subur, dalam dan gembur.

Pokok durian yang tumbuh daripada biji benih boleh mencapai ketinggian 30-40 m dan mempunyai banir setinggi 2 – 3 m. Ketinggian pokok cantuman pula boleh mencapai 10 – 20 m sahaja. Pokok durian yang telah matang mempunyai kanopi yang berbentuk piramid dan lebar. Penanaman pokok yang terlalu rapat boleh mengakibatkan kanopinya berbentuk bujur. Bunga durian terbentuk secara jejambak dan biasanya terdapat 30 – 60 kuntum bunga dalam satu jambak.

Proses pendebungaan bagi durian ialah pendebungaan berkacuk. lanya sesuai didebungakan pada waktu malam. Antara agen-agen pendebungaan bunga durian ialah kelawar, lebah (Apis dorsata),kelulut (Trigona spp. dan beberapa jenis semut. Buah durian mempunyai 4-6 pangsa dan dalam setiap pangsa mengandungi beberapa ulas isi. Rasa isinya lemak manis dan ada juga yang berasa pahit bergantung pada klon.

Kebiasaannya buah durian dimakan segar tetapi boleh juga diproses menjadi produkyang tahan lama seperti tempoyak, lempuk dan serbuk durian.

“Pertanian adalah Perniagaan”
Tanaman Jambu Madu
Jan 23rd

Kawasan Penanaman Jambu Madu

Bentuk daun jambu madu

Buah jambu madu yang masih belum matang

Buah jambu madu yang telah matang

Buah jambu madu yang dibalut bagi mengelakkan serangan lalat buah

“Pertanian Adalah Peniagaan”
Tanaman Dokong
Jan 22nd

Dokong (Lanslum domesticum Corr) amat berpotensi untuk dimajukan dan digemari ramai sebagai buah yang dimakan segar. Pokok dokong boleh mencapai tahap ketlnggian 6-10 meter, la boleh ditanam dari anak pokok dan cantuman. Bentuk pokok yang dibiak dari biji adalah oval, mananakala yang dibiak dengan cantuman akan lebih rendang dan terbuka.
Tanaman dokong didapati tumbuh dikebanyakan tanah mineral dan amat subur di tanah lanar sungai dan lom berpasir.la juga memerlukan tanah yang dalam, gembur, mempunyai bahan organan yang tinggi, cukup kelembapan dan mempunyai saliran yang balk.

Tanaman dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan secara keratan. Jarak yang disyorkan ialah 7.5m x 7.5m. Sediakan lubang 0.6 x 0.6m x 0.6m dan tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah kemudian dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari selama 2-3 minggu. Tanah digaul dengan IRP dan 10 kg baja organik atau kompos. Padatkan tanah disekeliling anak pokok dan letak sungkupan dipangkal pokok.

Pada tiga tahun pertama penanaman diladang, pokok dokong memerlukan 40 – 60% teduhan. Pokok Gliricidia,petai, petai belalang dan pisang sesuai ditanam sebagai pokok lindungan. Pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga bergantung kepada kesuburan pokok.

Buah dokong yang masih hijau kekuningan

Buah dokong yang sudah masak dan sedia untuk dituai
“Pertanian Adalah Peniagaan”
Petola
Jan 21st

Petola atau juga dikenali sebagai petola segi merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar.

Buah petola yang masih kecil

Pokok petola yang sudah mengeluarkan bunga

Buah petola yang sedang membesar

Buah petola yang sudah matang dan sedia untuk di petik
“Pertanian Adalah Peniagaan”
Tanaman Jambu batu
Jan 20th




