Segala informasi tentang teknologi pertanian
Tanaman Nanas

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman Nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau dan dapat hidup dengan baik dalam cuaca dan keadaan tanah di negara ini. Bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.

Penuaian perlu dilakukan pada tahap kematangan yang dikehendaki pasaran yang kebiasaannya 90-120 hari selepas berbunga bergantung kepada varieti. Buah dikutip dengan memotong tangkai menggunakan parang atau pisau yang tajam dan kemudiannya dihantar ke pusat pengumpulan untuk penyediaan. Bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangkahayat, buah Nanas boleh disimpan pada suhu 10-13°C untuk buah yang belum masak dan 7-10°C untuk buah masak pada kadar kelembapan relatif 85-90% untuk tempoh sehingga 3 minggu.
| Print article | This entry was posted by admin on January 29, 2009 at 11:00 am, and is filed under Nanas, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 2 years ago
cadangkan racun rumpai bagi tanaman nenas. saya perlukannya.
about 2 years ago
racun jenis atrazine.. glyphosate kandungan bahan kinia rendah pun ble
about 2 years ago
racun bnyak jenis bleh pakai..symbol(liquid),deuron(powder),ecomax..bancuh setong bersama segenggam N46
about 1 year ago
Saya tanam banyak nanas. Nak jual kat sapa ye?
about 1 year ago
Nanas jenis apa yg saudara/i tanam?
about 1 year ago
ada sesiapa tahu rahsia tanam nanas Josa dari segi jumlah baja yang diperlukan dan segala aspek berkenaan menjaga kualiti supaya ia tidak terlalu berair? Lain jenis nanas, Lain pulak ragamnya…
about 10 months ago
saya nak dptkan sulur benih jossa dikelantan?