Blog Teknologi Pertanian

26 Jan, 2009

Tanaman Belimbing

Posted by: admin In: Belimbing| pertanian

Belimbing atau nama botaninya Averrhoea carambola dari keluarga Oxalidaceae juga dikenali sebagai Belimbing Besi, Belimbing Segi dan Belimbing Manis. la dipercayai berasal dari gugusan pulau-pulau di Asia Tenggara iaitu Pulau Jawa, Indonesia hingga ke Filipino. Pada masa ini, tanaman Carambola boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Selangor, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Terdapat beberapa klon yang ditanam di negara ini terutamanya B1O yang ditanam dengan meluas kerana mendapat pasaran eksport yang balk terutamanya di Eropah Barat. Lain-lain klon yang ditanam ialah klon B2 yang ditanam untuk membantu pendebungaan bagi penghasilan B1O manakala klon B17 ditanam hanya untuk pasaran tempatan kerana keadaan fizikal yang kurang menarik dan sukar dikendalikan walaupun rasanya lebih manis.

Bunga belimbing yang sedang berkembang.

Buah belimbing perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan serangan lalat buah. Perubahan gaya hidup dan kehendak pengguna masa kini meningkatkan cabaran kepada pengeluar hasil pertanian untuk mengeluarkan produk yang bukan sahaja menepati kehendak dari aspek fizikal dan citarasa, malah juga selamat untuk dimakan. Selain dibungkus dengan sempurna, hasil pertanian perlu bebas dari sisa baki racun perosak dan memenuhi tahap kualiti fizikal yang dikehendaki pasaran,

Buah belimbing yang telah masak dan sedia untuk dimakan

“Pertanian adalah Perniagaan”

No Responses to "Tanaman Belimbing"

Comment Form


  • Niyna Mohammad: Saya dah lama berminat nak tanam anggur tetapi saya tak pasti sama ada benih anggur yang dijual di kawasan sekitar Seremban atau Melaka manis atau tid
  • aqilah: salam..saya pelajar UKM.. sekarang tgh buat research psal kulit jagung.. kt mane bley sye dapat kulit jagung dlm kuantiti yang byk kt area lembah kl
  • judinmat: Sekarang musim durian di Kedah,Perak,Kelantan,Trengganu dan Pahang.saya baru saja melalui kawasan negeri ini banyak gerai durian di tepi jalanraya.Say

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Percuma Pelan Bisnes Cendawan !

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur !