Blog Teknologi Pertanian

25 Jan, 2009

Tanaman Limau Bali

Posted by: admin In: Limau Bali| pertanian

Limau Bali atau nama botaninya Citrus grandis (L) atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.

Klon Limau Bali yang disyorkan untuk ditanam secara komersial ialah PO51 dan PO52 kerana mempunyai permintaan yang baik disebabkan rasanya yang manis dan berjus. Rupa fizikalnya juga agak cantik dan mempunyai bentuk kulit yang bersih dan sesuai terutamanya untuk upacara keagamaan.

MARDI telah memperkenalkan klon Melo Mas yang bersaiz lebih kecil tetapi kurang berserabut, manis, kandungan asid yang rendah dan tidak ada rasa pahit selepas dimakan.

Buah limau bali yang hampir matang dan mempunyai kualiti yang baik. Bagi mencapai tahap kualiti ini, Limau Bali perlu dikendalikan dengan sebaiknya bermula dari amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran, Penuaian perlu dilakukan pada tahap optimum untuk menjamin kualiti rasa dan jangkahayat.

Secara umum, buah Limau Bali akan matang 6 bulan selepas bunga kembang, Buah yang matang boleh dikenali dari kulit yang licin berbintik hijau kekuningan atau hijau perang, sementara bulu-bulu yang terdapat pada kulit akan hilang. Buah Limau Bali yang telah dipetik dan disediakan boleh disimpan sementara selama 1-2 minggu pada suhu 7-9″C dengan kadar kelembapan relatif 85-90%,

“Pertanian adalah Perniagaan”

No Responses to "Tanaman Limau Bali"

Comment Form

About

Blog ini mendedahkan segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, bidang pertanian, ekonomi pertanian, jurnal pertanian, pertanian organik, pembangunan pertanian, sistem pertanian, produk pertanian, tumbuhan herba dan artikel pertanian.

Percuma Pelan Bisnes Cendawan !

Percuma Pelan Bisnes Ladang Sayur !