Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan spesies buah-buahan yang sangat popular di rantau Asia Tenggara, Negara Thailand merupakan pengeluar dan pengeksport utama durian di dunia. Di Malaysia, terdapat lebih 100,000 ha keluasan tanaman durian. Negeri Johor, Kelantan, Pahang dan Perak adalah pengeluar durian yang utama.
Durian merupakan tanaman yang berasal dari kawasan rendah tropika. Persekitaran yang panas dan lembap (27° – 32° C) sesuai untuk pertumbuhan vegetatif. Tanah yang sesuai untuk tanaman durian ialah jenis lom hingga lom berpasir. Durian memerlukan tanah yang subur, dalam dan gembur.

Pokok durian yang tumbuh daripada biji benih boleh mencapai ketinggian 30-40 m dan mempunyai banir setinggi 2 – 3 m. Ketinggian pokok cantuman pula boleh mencapai 10 – 20 m sahaja. Pokok durian yang telah matang mempunyai kanopi yang berbentuk piramid dan lebar. Penanaman pokok yang terlalu rapat boleh mengakibatkan kanopinya berbentuk bujur. Bunga durian terbentuk secara jejambak dan biasanya terdapat 30 – 60 kuntum bunga dalam satu jambak.

Proses pendebungaan bagi durian ialah pendebungaan berkacuk. lanya sesuai didebungakan pada waktu malam. Antara agen-agen pendebungaan bunga durian ialah kelawar, lebah (Apis dorsata),kelulut (Trigona spp. dan beberapa jenis semut. Buah durian mempunyai 4-6 pangsa dan dalam setiap pangsa mengandungi beberapa ulas isi. Rasa isinya lemak manis dan ada juga yang berasa pahit bergantung pada klon.

Kebiasaannya buah durian dimakan segar tetapi boleh juga diproses menjadi produkyang tahan lama seperti tempoyak, lempuk dan serbuk durian.

“Pertanian adalah Perniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...