Tanaman Dokong

Dokong (Lanslum domesticum Corr) amat berpotensi untuk dimajukan dan digemari ramai sebagai buah yang dimakan segar. Pokok dokong boleh mencapai tahap ketlnggian 6-10 meter, la boleh ditanam dari anak pokok dan cantuman. Bentuk pokok yang dibiak dari biji adalah oval, mananakala yang dibiak dengan cantuman akan lebih rendang dan terbuka.
Tanaman dokong didapati tumbuh dikebanyakan tanah mineral dan amat subur di tanah lanar sungai dan lom berpasir.la juga memerlukan tanah yang dalam, gembur, mempunyai bahan organan yang tinggi, cukup kelembapan dan mempunyai saliran yang balk.

Tanaman dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan secara keratan. Jarak yang disyorkan ialah 7.5m x 7.5m. Sediakan lubang 0.6  x 0.6m x 0.6m dan tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah kemudian dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari selama 2-3 minggu. Tanah digaul dengan IRP dan 10 kg baja organik atau kompos. Padatkan tanah disekeliling anak pokok dan letak sungkupan dipangkal pokok.

Pada tiga tahun pertama penanaman diladang, pokok dokong memerlukan 40 – 60% teduhan. Pokok Gliricidia,petai, petai belalang dan pisang sesuai ditanam sebagai pokok lindungan. Pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga bergantung kepada kesuburan pokok.

Buah dokong yang masih hijau kekuningan

Buah dokong yang sudah masak dan sedia untuk dituai

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Thoughts on “Tanaman Dokong

  1. ASSALAMULAIKUM,

    SAYA ADA SEBATANG POKOK DOKONG. DITANAM JUNE 2002. POKOK NAMPAKNYA SIHAT TETAPI BELUM BERBUAH. BARU-BARU INI SAYA DAPATI SARANG ANAI-ANAI DIPERDUNYA.

    DALAM KEADAAN BEGINI APAKAH NASIHAT TUAN. TERIMA KASIH.

  2. Muhammad Safwan on January 20, 2010 at 9:29 am said:

    masalah saya sama seperti en. abdul rahman juga terdapat masalah lain seperti kulitnya mengelupas rupanya mengerutu…

  3. kami membekal anak pokok secara borong.

    lawati http://anakpokokborong.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>