Tanaman Pitaya

Tanaman Pitaya ini terletak di Kulim, Kedah.

Tanaman Pitaya ini ditanam berhampiran dengan ladang kelapa sawit. Setiap tiang akan ditanam dengan 4 batang pokok.

Dahan-dahan tua dan tunas air dibuang bagi mengelakkan kanopi yang terlalu rimbun atau padat yang boleh menyebabkan serangan penyakit.

Keadaan kanopi pokok pitaya dari pandangan atas. Ruang diperlukan di dalam kanopi bagi pengudaraan udara  yang baik agar dapat mengurangkan pembiakan kulat/bakteria.

Dahan Pitaya yang sedang mengeluarkan bunga.

Bunga Pitaya yang telah berkembang akan layu untuk jangka masa tertentu. Biasanya ia akan berkembang pada waktu malam dan kuncup pada waktu pagi.

Buah Pitaya yang baru terbentuk selepas pendebungaan.

Buah Pitaya yang sudah hampir matang akan berwarna kemerahan.

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Thoughts on “Tanaman Pitaya

  1. atika on June 9, 2009 at 8:33 am said:

    ok le….mak saya de tanam….
    tapi cm salah technique je sy tengok….
    leh t t gtow cne cre na pruning…?

  2. admin on July 8, 2009 at 2:29 am said:

    nak citer memang susah.. elok pergi mana-mana ladang dan tengok cara dia prunning..

  3. juliesarah on March 14, 2010 at 5:24 pm said:

    salam
    sy nak tya, selalunya satu tiang yang mengandungi 4 anak pokok akan menghasilkan berapa biji buah naga dalam thn pertama dan seterusnya? diz is 4 my asgmnt..hope can help..tq

  4. nick on May 20, 2010 at 5:03 am said:

    utk pruning: cantas semua sulur air (yang tumbuh menegak dan yg lembut)

    biarkan pokok bercabang apabila telah sampai ke puncak tiang.jika ada cabang sewaktu belum sampai tayar..buang semua..untuk elakkan pergeseran yg sebabkan luka dan penyakit.

  5. nick on May 20, 2010 at 5:06 am said:

    dari pengalaman…seeloknya elakkan menanam sehingga 4 pokok pd 1 tiang..akan menyusahkan kerja2 pengurusan selain berlaku kepadatan dibahagian atas..seeloknya biarlah 2-3 pokok sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>