Segala informasi tentang teknologi pertanian
Pengenalan Baja Organik IMO

Baja Organik IMO telah banyak digunakan oleh pengusaha tanaman yang telah mengamalkan pertanian organik. Kandungan baja ini terdiri daripada organisma berfaedah setempat yang banyak terdapat di persekitaran kita.

Selain itu, nutrien dari baja organik ini diperolehi dari tulang, kulit telur dan sebagainya. Contohnya seperti CaP dan Phosphate Calcium.

Tulang yang telah dibakar akan dicampur bersama cuka dan dibiarkan selama sebulan.

Asid amino pula diperlolehi dari sumber ikan atau dikenali sebagai FAA (Fish Amino Acid)

IMO 4 merupakan peringkat dimana ia boleh diberikan kepada tanah. Ia digunakan untuk memulihkan tanah yang bermasalah.

IMO 5 adalah terhasil dari IMO 4 yang telah dicampur bersama tahi ayam mengikut nisbah tertentu. Ia digunakan sebagai baja organik yang membeikan sumber nutrien kepada tanah.

FPJ (gambar bawah) atau Fermented plant juice merupakan cecair yang didapati dari buah-buahan yang telah dicampur dengan gula merah. Ia juga boleh digunakan pada pokok buah-buahan bagi memaniskan lagi rasa buah.

Selanjutnya mengenai baja organik ini saya yang akan diterangkan pada artikel akan datang.
“Pertanian Adalah Peniagaan”
| Print article | This entry was posted by admin on January 10, 2009 at 11:51 am, and is filed under Baja organik, organik, pertanian. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No trackbacks yet.

about 1 year ago
bgus baja ni…
about 9 months ago
salam,
saya nk bertanya tentang tanaman cili fertigasi, 1) baja em apa yg dibancuh dalam tangki dan dan berapa liter em utk tangki 400gallon? 2) berapa kali kekerapan siram air baja ke dalam polibag dalam sehari dan berapa minit sekali siram? 3) selain dari tanah campuran + bokashi bolehkah digantikan dgn sabut kelapas sahaja sekiranye menggunakan siraman air baja em dan bukan air baja set AB? boleh reply di email saya guddyboyx@yahoo.com.. urgent.. terima kasih